• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Acura NSX 'Merah Beku' - Rim HRE P204 V-Spoke Frozen Red Serlahkan Jiwa Supercar

Acura NSX 'Merah Beku' - Rim HRE P204 V-Spoke Frozen Red Serlahkan Jiwa Supercar

February 23, 2017 By Azhan O Leave a Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda pemilik Acura NSX yang bosan dengan rim sport standard kilang, mungkin anda boleh berkira-kira mendapatkan rim aftermarket seperti dilakukan Graham Rahal ini - HRE P204 V-Spoke Frozen Red - daripada barisan Series P2 keluaran HRE Wheels.

Kontras warna rim merah dan badan NSX putih membuatkan penampilan kereta sport milik Rahal itu tampak begitu mengancam. Ditambah pula kelibat kaliper merah yang dapat diintai dari celahan rim. Begitu sepadan dan menggiurkan.

HRE P204 V-Spoke Frozen Red adalah antara rim dalam barisan Series P2 yang terkenal dengan gabungan kepakaran teknikal dan perincian yang menumpukan kepada aspek gaya dan prestasi.  Desain P2 memuatkan geometri jejari pintal yang unik dan permukaan 360 darjah kompleks yang diilhamkan daripada supercar terbaru seperti Lamborghini Aventador SV dan Ferrari 488 GTB.

Semestinya produk akhir dalam siri ini dibikin khas buat jentera berstatus supercar, sport GT, sedan prestasi dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang boleh didapati dalam saiz 20", 21" dan 22" pada harga AS$2,800 (RM12,457) per unit.

acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-1
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-2
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-4
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-5
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-7
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-8
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-10
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-11
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-3
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-9
acura-nsx-graham-rahal-hre-p204-6

SUMBER: Acura Connected | HREWheels

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Acura NSX, aksesori, Honda, HRE P204 V-Spoke Frozen Red, NSX, rim sport, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev