• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Lancar Barisan Model Duke 2017 di India - 390 Duke, 200 Duke dan 250 Duke

KTM Lancar Barisan Model Duke 2017 di India - 390 Duke, 200 Duke dan 250 Duke

March 3, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN India baru sahaja menerima model KTM 390 Duke dan KTM 200 Duke serta turut menampilkan KTM 250 Duke edisi istimewa yang dikeluarkan khusus buat pasaran negara itu, tahun ini - 2017.

KTM 390 DUKE 2017

2017-ktm-duke-390-rear-three-quarters-standstill
KTM 390 Duke 2017
2017-ktm-390-duke-tft-instrument

Model KTM 390 Duke (2017) pertama kali dipamerkan pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2016.  KTM 390 Duke tampil dengan imej agresif menerusi segudang ciri serba baharu. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk badan yang kini mirip abang besarnya, 1290 Superduke dengan rekaan lampu depan diasingkan kepada dua.

Perubahan paling ketara ialah bahagian frem yang dilakukan bagi menambah baik pengendalian prestasi jentera ini. Malah, motosikal naked ini 10kg lebih ringan dengan berat keseluruhan 149kg berbanding model terdahulu. Bahagian enjin masih kekal sama, yakni 373cc silinder tunggal dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 44hp dan tork 37Nm.

BACA>>> #EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

Harga jualan ialah Rs2.26 lakh (RM15,042) seunit dengan pernambahan Rs30,000 (RM2,000) berbanding generasi sebelumnya.

KTM 200 DUKE 2017

ktm-200-duke-2017-3
ktm-200-duke-2017
ktm-200-duke-2017-2

Sementara, KTM 200 Duke (2017) pula masih mengekalkan gaya lama dengan desain grafik yang dikemas kini. Penambahbaikan membabitkan enjin yang ditala supaya memenuhi peraturan standard emisi BS-IV (Bharat Stage) di India dengan menghasilkan kuasa 24.7hp pada 10,000rpm dan tork 19.2Nm pada 8000rpm. Bahagian roda disembur warna jingga supaya tampil sporty, manakala rekabentuk lain masih kekal sama dengan edisi MY 16. Harga jualan KTM 200 Duke ialah Rs1.43 lakh (RM9,520) seunit.

KTM 250 DUKE

KTM 250 Duke Malaysia
ktm 250 duke 2017
ktm-250-duke-2017-2

KTM 250 Duke (2017) juga dilancarkan serentak bagi versi 2017, khusus di India yang menampilkan penggayaan sama dengan 390 Duke. Cuma lampu depan tidak didatangkan dengan ciri LED. Malah, versi 250 Duke ini tidak dilengkapi skrin TFT bagi mengurangkan kos.

Dijana enjin 250cc silinder tunggal dengan penyejukan cecair, motosikal ini berupaya menghasilkan kuasa 29.5hp dan tork 24Nm. Frem juga masih sama dengan 390 Duke, manakala brek cakera depan sedikit kecil dengan ukuran 300mm. Proses pemasangan tempatan membantu mengurangkan kos dan tanda harga model ini yang dijual pada Rs1.73 lakh (RM11,514).

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Duke, Duke 2017, KTM, KTM 200 Duke (2017), KTM 250 Duke (2017), KTM 390 Duke (2017), motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev