• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar

Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar

January 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan akan berbincang dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung tawaran perkhidmatan tren percuma untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu (pengangkutan percuma) bertujuan membantu dan memperkasakan golongan berkenaan. Perkara itu memang ada dalam perancangan pihak Kementerian.

BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Akan Pertimbang Gojek Jika Rakyat Sedia Terima
BACA >>> Anthony Loke Sahkan Projek ECRL Akan Diteruskan

Dipetik Bernama, beliau juga meminta KTMB mengoptimum subsidi disalurkan Kerajaan untuk memberi manfaat dan kemudahan kepada golongan sasar, terutama OKU dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut di seluruh negara.

Loke berkata;

Semalam selepas mesyuarat saya meminta pihak operator, khususnya KTMB dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagaimana kita nak laksanakan. Ia bagi kegunaan golongan OKU dan pelajar termasuk kawasan Pantai Timur, Lembah Klang dan Utara.

“Contohnya kita ada komuter dari Negeri Sembilan ke Tanjung Malim, Padang Rengas ke Alor Setar dan kereta api di Pantai Timur, ada juga perkhidmatan yang digunakan pelajar, kita lihat bagaimana nak tawarkan, namun makluman lanjut akan diumumkan selepas Tahun Baharu Cina.”

Loke berkata lagi, Kementerian Pengangkutan sedang meneliti sektor atau perkhidmatan lain yang mungkin dapat diberi percuma mengikut fasa kepada OKU dan pelajar.

Menurutnya, fokus Kementerian pada masa ini adalah mengoptimum sumber selain menstruktur semula bantuan dan subsidi yang diberikan Kerajaan supaya lebih bersasar dan sistematik supaya sampai kepada golongan memerlukan.

Saya tak perlukan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, (guna) peruntukan sedia ada, apabila kita merombak semula (subsidi) dan sasarkan peruntukan itu, ia akan membantu khususnya kepada OKU dan pelajar.”

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, warga OKU bakal menikmati kemudahan tambang pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas henti-henti secara percuma.

BACA >>> Anthony Loke: Pelekat Cukai Jalan Berkualiti Tahun Ini
BACA >>> Lorong RFID Sesak, Kerajaan Akan Bincang dengan Semua Pihak Terlibat
BACA >>> Menteri: Belum Wajib Pasang Kamera Pemuka, Tapi Digalakkan

SUMBER: Bernama

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Datuk Seri Nancy Shukri, Kereta Api Percuma, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), orang kelainan upaya (OKU), Tren KTMB Percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev