• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hankook Bekal Tayar untuk Kereta Lumba Lamborghini!

Hankook Bekal Tayar untuk Kereta Lumba Lamborghini!

February 3, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH jenama tayar yang digunakan kereta anda? Kebiasaannya pengguna memilih tayar yang berjenama dan ada reputasi bagus.

Namun beberapa pengeluar sudahpun lari daripada kebiasaan dengan menggunakan jenama tayar kurang dikenali. Walaupun kurang dikenali, spesifikasi dan kemampuan tayar itu perlu mematuhi standard pengeluar.

Selain itu, beberapa jenama tayar baharu atau tidak dikenali sudah membanjiri pasaran tempatan dan bukan mudah untuk pengguna beralih jenama. Tambahan lagi tayar memainkan peranan penting untuk kenderaan. Justeru pengeluar atau pengedar perlu mempertingkat jenama dan membuktikan kredibiliti jenama baharu itu.

Inilah dilakukan pengeluar tayar dari Korea Selatan, Hankook yang bekerjasama dengan pengeluar kereta sport dan premium.

Pada 17 Januari lalu, Lamborghini Squadra Corse mengumumkan Hankook sebagai pembekal tayar rasmi untuk kejuaraan Super Trofeo 2023 di Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Hankook membangunkan tayar perlumbaan kompaun premium cengkaman tinggi (high-grip medium compound), Hankook Ventus Race yang direka dan dihasilkan khusus untuk Lamborghini Huracán Super Trofeo EVO2.

Selain menjadi pembekal, satu Hankook Village disediakan pada setiap perlumbaan Super Trofeo 2023 sebagai sokongan teknikal untuk ketiga-tiga kejuaraan.

Selain Super Trofeo, Hankook turut menjadi pembekal tayar kepada Kejuaraan Dunia FIA Formula E 2023.

hankook-logo
super-trofeo-lamborghini-logo

Hankook sebenarnya antara pembekal tayar terbesar dalam sukan permotoran dan terlibat dalam pelbagai kategori seperti siri perlumbaan enduran 24 Hours, kejuaraan kereta touring ADAC TCR Germany dan TCR Italy serta Kejuaraan Rali Junior Eropah (Junior WRC).

Selain tayar lumba, bagaimanakah kualiti tayar jalanan Hankook?

Mungkin tidak adil untuk kami memberi pendapat atau saranan kerana ia memerlukan penilaian lebih komprehensif, tetapi sebagai pengguna cuba cari maklum balas dan testimoni di platform automotif tempatan.

Apapun, kerjasama ini meletakkan jenama Hankook pada satu aras lebih tinggi untuk pengguna lebih yakin dengan tulisan Hankook terpampang pada dinding tayar kenderaan mereka.

BACA >>> Hankook Perkenal Tayar Konsep Tidak Perlu Isi Angin
BACA >>> Misteri Selesai!!! Tayar 'Hantu' Bergolek di LPT1 Rupanya Milik SUV Peronda Polis

Hankook - Lamborghini.01
Hankook - Lamborghini.02
Hankook - Lamborghini.03
Hankook - Lamborghini.04
hankook-lamborghini-partnership-tyre-1
hankook-lamborghini-partnership-tyre-2
hankook-lamborghini-partnership-tyre-3

Related

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Hankook, Lamborghini, Lamborghini Huracán Super Trofeo EVO2, Lamborghini Squadra Corse, roda2, Tayar Hankook

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev