SEJURUS tamat majlis pelancaran Yamaha EZ115 (2023), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mempamerkan tiga unit model kapcai itu yang sudah dipasang beberapa aksesori aftermarket jenama popular.
Yamaha EZ115 adalah pengganti Yamaha Lagenda 115Z. Berikut koleksi 45 foto tiga konsep naik taraf Yamaha EZ115:
EZ115 VERSI LUMBA
Kapcai yang dikatakan bakal menyertai saingan Cub Prix itu menerima pengubahsuaian komponen dan juga trenkuasa. Ini termasuk klac manual (tangan) menggantikan klac standard, pelana, sistem ekzos, rim aloi Racing Boy, panel meter, peg kaki dan gear, tuil brek dan klac, set absober, sistem brek, tayar dan konsol butang kawalan.
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha EZ115 (2023), Harga Mula RM5,598!
FOTO KOMPONEN AFTERMARKET
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha EZ115 (2023) Macam Kapcai E115M (2015), Betul Ke?
YAMAHA EZ115 VERSI PERGI BALIK KERJA
Aksesori kedua membabitkan Yamaha EZ115 ditambah ruang simpanan membabitkan produk jenama Givi iaitu kotak simpanan antara panel kepala dan tempat duduk (bakul) dan kotak barang di belakang.
Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi mengenai kapasitinya. Selain itu, Yamaha EZ115 juga memiliki ruang simpanan bawah pelana.
EZ115 VERSI GAYA SPORT
HLYM turut mempamerkan kapcai Yamaha EZ115 (2023) yang dipasangkan beberapa aksesori Racing Boy (RCB) yang menjadi trend orang muda, melibatkan naik taraf sistem brek, cermin sisi, tuil brek, sistem absober dan juga rim aloi. Ada juga tambahan panel kepala gentian karbon.
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Jupiter Z1 (2022), Tiga Warna Baharu, Harga Mula RM5.7k!
BACA >>> Yamaha Jupiter Finn (2022) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM5.2k!
BACA >>> #Perbandingan: Honda Winner X (2022) Setanding Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam?
Leave a Reply