• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Amaran! Jangan Berani Cabar Proton Satria Ini...

Amaran! Jangan Berani Cabar Proton Satria Ini...

February 23, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

658
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton satriaAMARAN! Jentera yang menghiasi ruangan Bikin Kereta kali ini bukan untuk kegunaan harian. Sebaliknya, jentera Proton Satria awesome ini diguna pakai untuk perlumbaan drag dan semakin mendapat tempat di kalangan peminat sukan permotoran itu.

Lihat saja rekaan luaran, sudah cukup membuatkan anda rasa gerun. Rekaan luaran menampilkan bampar hadapan kustom. Begitu juga hood hadapan, lips dan cermin sisi masing-masing menggunakan bahan daripada gentian karbon hasil rekaan JN Work Karbon Fibre.

proton satriaManakala ruangan roda pula dipadankan dengan rim Volk Racing TE37 7.5jj bersama tayar Toyo Proxes R888 pada bahagian hadapan. Rim belakang pula menggunakan rim 4.0jj dan dikahwinkan bersama tayar Hoosier.

Memasuki ruang kabin, ia menampilkan rekaan yang ringkas. Bahagian papan pemuka dipasangkan dengan meter ‘oil press’ M dan meter ‘shift light’ dari Auto Meter.

BACA >>> Proton Satria GTI Evo III - Model Legenda Sepanjang Zaman

proton satriaENJIN POWER

Bagi kaki modifikasi, anda pasti akan teruja sebalik melihat enjin yang terbenam di sebalik bampar hadapan. Nadi asal Proton Satria ini digantikan kepada enjin lebih berkuasa.

Enjin asal digantikan dengan nadi 4G93 DOHC bersesaran 1.8L. Piston asal turut ditukar kepada jenama CP Carillo dan digandingkan bersama conrod dari RPM.

Keseluruhan bearing digantikan kepada jenama KING. Manakala kepala silinder asal turut melalui proses ‘port n polish’ bagi memudahkan udara keluar masuk. Turut digandingkan bersama adalah aci sesondol JUN 304° yang diikat bersama puley boleh laras dari Arospeed.

BACA >>> Proton Satria The Red Baron

proton satria
proton satria
proton satria
proton satria

Tidak cukup setakat itu, pam bahan api Walbro ditugaskan bagi mengepam masuk bahan api dari tangki utama dan seterusnya ke bahagian pelaras Arospeed. Ia kemudian dihantar masuk bergabung dengan udara luar yang disedut masuk melalui unit ‘4 throttle’ dari Blox.

Prestasi dan talaan bagi enjin menjadi lebih hebat dengan penggunaan unit ECU dari Haltech Sport 1000. Kuasa yang dijana dari enjin kemudiannya dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear Evo lengkap bersama sistem klac dari DTR twin plate.

Untuk penyejukkan, nadi itu memasang radiator aluminium GReddy yang diikat pada bahagian hadapan enjin.

BACA >>> 150 Pemilik Proton Satria R3 Diburu!

proton satriaJika jentera dah power, tugasan brek menjadi lebih mencabar. Untuk itu, jentera ini menggunakan sistem brek dari model 4G93 yang dilengkapi pelapik brek dari Bendix Metal King.

Unit penyerap hentak KYB Buzz Spec turut diikatkan pada bahagian belakang manakala Tein di hadapan untuk memastikan kestabilan jentera terutamanya ketika perlumbaan.

Ingat, jentera ini dibina khas untuk perlumbaan. Jangan sesekali ‘bakar line’ jentera ini jika terserempak semasa perlumbaan. Jika tidak, anda akan menyesal!

proton satriaSPESIFIKASI

Proton Satria

ENJIN 4G93 Dohc
MODIFIKASI ENJIN Piston CP, Conrod RPM, bearing KING, hi-cam 304° JUN, head port n polish, campulley Arospeed, fuel regulator Arospeed, fuel pump Walbro, 4 throttle Blox, radiator GReddy,
TRANSMISI Gearbox Evo, klac DTR twin plate
ELEKTRONIK Haltech Sport 1000
SUSPENSI KYB Buzz Spec (belakang), Tein adjustable (depan)
BREK 4G93, Bendix Metal King pad
RODA Volk Racing TE37 Special Spec, tayar Toyo Proxes R888 (depan) Hoosier (belakang)
DALAMAN M7 Japan oil press meter, shift light meter Auto Meter
LUARAN Hood, lips & side mirror CF JN Work Carbon Fibre, front bumper kustom
BENGKEL J’Speed Melaka, Jo EZ Tuner

GALERI

proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria
proton satria

Related

658
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: J’Speed Melaka, Jo EZ Tuner, modifikasi proton satria, proton satria

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev