• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peugeot 208 GTi (2017) Kini Lebih Kuasa, Kelajuan Maksimum Cecah 230kmj!

Peugeot 208 GTi (2017) Kini Lebih Kuasa, Kelajuan Maksimum Cecah 230kmj!

March 2, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS empat tahun di pasaran, memang sudah layak Peugeot 208 GTi menerima kitaran produk supaya dapat tampil lebih relevan dan segar. Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd  secara rasmi memperkenalkan Peugeot 208 GTi baharu ke pasaran negara ini.

Perubahan paling ketara berbanding generasi terdahulu ialah nadi utama. Kini, enjin 1.6L THP (Turbo Tekanan Tinggi - Turbo High Pressure) menerima pertambahan kuasa sebanyak 8hp dan tork 25Nm dengan menjadikan kuasa maksimum meningkat kepada 208hp, manakala tork 300Nm.

Hantaran kuasa kepada roda ditugaskan kepada kotak gear mekanikal 6-kelajuan. Pecutan 0-100 kmj pula dapat dicatatkan sepantas 6.5 saat dengan kelajuan maksimum 230kmj! Model baharu ini lebih pantas 0.3 saat berbanding generasi lama.

KEMAS KINI KOSMETIK

peugeot-208-gti-pandulaju (8)
peugeot-208-gti-pandulaju (1)
peugeot-208-gti-pandulaju (3)

Rupa 208 GTi lebih garang menerusi penampilan gril depan lebar yang digabungkan bersama bampar rekaan baharu. Selain itu, rekaan signatur lampu LED siang (DRL) dan lampu belakang LED gaya cakaran kuku harimau masih kekal mendominasi imej hatchback kompak buatan Perancis itu. Perumah lampu kabus kini mendapat sentuhan kemasan krom.

Sebaik saja pintu dibuka, anda akan disambut ciri Peugeot i-Cockpit, iaitu konsep kabin yang mampu memudahkan pemandu menyesuaikan diri dengan cepat menerusi rekaan ringkas, termasuk meminimumkan penggunaan punat kawalan dalam kabin.

Skrin sentuh 7-inci di tengah panel papan pemuka didatangkan sebagai ciri standard yang turut disertakan dengan sambungan USB dan Bluetooth, termasuk sistem navigasi.  Hitam dan merah menjadi pilihan kemasan warna supaya tampil sporty. Kemasan kerusi masih sama dengan versi lama, iaitu daripada jenis material kulit Club Nappa dan fabrik Caro Weave. Stereng turut mendapat kemasan kulit penuh dengan ciri butang kawalan intuitif.

CIRI KESELAMATAN

peugeot-208-gti-pandulaju (4)
peugeot-208-gti-pandulaju (5)

Sistem brek 208 GTi dilengkapi cakera bersaiz 302mm di depan dan 249mm (belakang). Malah turut dilengkapi segudang ciri keselamatan pasif dan aktif seperti enam beg udara, Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Traksi (TRC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBA). Suspensi McPherson di depan dan rasuk torsi (torsion beam) di belakang ditala untuk pengendalian yang lincah dan tepat.

Peugeot 208 GTi ditawarkan dalam opsyen dua warna, putih dan merah pada harga RM143,888 seunit (termasuk insurans).

GALERI

PEUGEOT_208GTi_1502PC007
PEUGEOT_208GTi_1502PC008
PEUGEOT_208GTi_1502PC006
peugeot-208-2015-482-fr1-640x480.118135.19
peugeot-208-gti-pandulaju (1)
peugeot-208-gti-pandulaju (2)
peugeot-208-gti-pandulaju (3)
peugeot-208-gti-pandulaju (4)
peugeot-208-gti-pandulaju (5)
peugeot-208-gti-pandulaju (6)
peugeot-208-gti-pandulaju (7)
peugeot-208-gti-pandulaju (8)

Related

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nasim Sdn Bhd, Peugeot, Peugeot 208 GTi (2017), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev