• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / TuneBoss Perkenal ShiftBoss - Kit Quickshifter Kendiri Tanpa Perlu Tukar ECU

TuneBoss Perkenal ShiftBoss - Kit Quickshifter Kendiri Tanpa Perlu Tukar ECU

January 12, 2023 By Sharil 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR unit kawalan elektronik (ECU) TuneBoss dari Malaysia, FSR Technology memperkenalkan ShiftBoss, iaitu peranti quickshifter kendiri (standalone) yang membolehkan gear ditukar tanpa menarik tuas klac untuk motosikal manual.

Menariknya, peranti quickshifter ShiftBoss baharu ini dapat dipasangkan pada banyak model motosikal masa kini tanpa perlu menggantikan ECU standard.

BACA >>> ECU TuneBoss dengan Ciri Keselamatan ATAS untuk Yamaha 135LC Fi, Harga RM399
BACA >>> ECU TuneBoss Khas Buat Motosikal Yamaha R15, Nmax, Honda CBR250R, CRF250

ShiftBoss adalah evolusi daripada beberapa sistem quickshifter yang dibangunkan FSR Technology selama 10 tahun. Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) peranti itu bermula dengan versi butang kendalian tangan (2013) sebelum menyusul versi suis (2015) dan versi terdahulu yang dilancarkan pada November 2021.

Bagaimanapun, semua quickshifter sebelum ini ialah produk tambahan kepada penunggang yang sudah menggunakan ECU TuneBoss saja.

ECU TuneBoss

Dengan ShiftBoss kendiri, FSR Technology berharap dapat memenuhi pasaran lebih luas berbanding hanya ECU yang menumpukan beberapa model spesifik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FSR Technology, Farhan Ali berkata, rekabentuk kit quickshifter yang lebih umum membolehkan peranti itu dipasang pada lebih banyak motosikal seperti:

  • Yamaha FZ150i
  • Yamaha Y15ZR
  • Yamaha Y16ZR
  • Yamaha MT-15
  • Yamaha R15
  • Yamaha R25
  • Yamaha MT-07
  • Honda RS150
  • Honda CBR150
  • SYM VF3i
  • Suzuki Raider R150
  • GSX-S150 dan R150
  • SV650
  • V-Strom 650
  • KTM RC690
  • Duke 390
  • Modenas Pulsar 200, Kawasaki Versys

Menurutnya, senarai model motosikal tersebut akan bertambah semasa ke semasa. Kit quickshifter itu terdiri daripada braket cagak (modular mounting bracket), sensor tanpa sentuh (contactless) dan modul kawalan mengikut jenis motosikal.

Menggunakan sensor contactless, ketahanan produk kami lebih baik kerana sensor ini kalis air sepenuhnya. Ia juga tiada bahagian suis boleh haus akibat geseran atau karat. Sistem Modular Mounting Bracket yang inovatif membolehkan pemasangan sensor pada kebanyakan peg kaki standard atau aftermarket tanpa perlu mengubah suai bahagian tersebut," katanya.

Kit ShiftBoss dijual pada harga RM399 untuk versi modul pencucuhan tunggal (silinder tunggal), dan RM599 untuk modul dwi-pencucuh (2-silinder).

BACA >>> ECU TuneBoss Khas Buat Pemilik Motosikal Honda RS150R, Yamaha R25, Lagenda 115Z
BACA >>> 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: ECU, FSR Technology, Modifikasi, motosikal, quickshifter+, ShiftBoss, tuneboss

Comments

  1. yusry says

    February 5, 2023 at 9:54 AM

    bleh bg fon no sy nk oder 1

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev