KERAJAAN Selangor akan menurap jalan secara besar-besaran di negeri itu dengan peruntukan RM50 juta bermula Mac tahun ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, projek itu akan dilaksana Mac 2023 membabitkan jalan raya negeri atau bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negeri.
Bagaimanapun, turapan jalan tidak membabitkan jalan persekutuan kerana tidak berada bawah kawal selia Kerajaan Negeri.
BACA >>> Laluan Batang Kali-Genting Highlands Buka Semula Hari Ini [6 Januari 2023]
BACA >>> Menteri: Lesen, Cukai Jalan Boleh Perbaharui Secara Online Tak Lama Lagi
Bagaimanapun, Izham mendakwa sudah berbincang dengan menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai kaedah memastikan jalan persekutuan termasuk lebuh raya dalam keadaan baik.
Penyelenggaraan yang begitu longgar menyebabkan banyak aduan diterima mengenai jalan persekutuan yang memerlukan bajet khas untuk dibaiki," katanya.
Terdahulu, Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM145 juta untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya tahun ini untuk keselesaan pengguna yang semakin bertambah.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dipetik berkata, RM40.98 juta diagihkan kepada JKR untuk melaksanakan pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.
Menurutnya, antara lokasi terbabit ialah:
- Kampung Sri Indah A ke Hospital Sungai Buloh
- Jalan sambungan Sungai Kelambu-Genting Sanyen
- Kampung Ulu Chuchuh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
BACA >>> Selangor Minta Tambah Laluan Baru ECRL di Selatan Negeri
BACA >>> Bukan Dhaka, Tapi Serdang, Tiga Jejaka Asing Santai Naik Kereta Lembu atas Jalan Raya Awam
SUMBER: Harian Metro
Leave a Reply