• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Elektrik BMW CE 04 (2023) Masuk Malaysia Mac Ini, Harga Anggaran RM60k?

Skuter Elektrik BMW CE 04 (2023) Masuk Malaysia Mac Ini, Harga Anggaran RM60k?

January 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan skuter elektrik pertama BMW CE 04 (2023) yang dijangka memasuki pasaran tempatan menjelang Mac ini. Buat masa ini, harga tidak didedahkan, tetapi dijangka sekitar RM60,000.

BMW CE 04 (2023) menampilkan rekabentuk futuristik dengan inovasi pemacu elektrik yang menjanjikan kuasa dan jarak tunggangan sesuai untuk tunggangan bandar.

BACA >>> Skuter Elektrik Yamaha Elektrik NEO'S (2023) Lancar di Vietnam, Harga RM9.3k!
BACA >>> Bukan Mudah Kalau Nak Cas Bateri Skuter Elektrik di Rumah

Berikut perincian BMW CE 04 (2023):

  • Frem tubular keluli berwarna Light White (putih) dengan pelana apung hitam kusam.
  • Sistem suspensi fork teleskopik dan monoshock yang diposisikan sebelah kiri dan dipautkan pada swingarm jenis sebelah.
  • Sistem brek cakera kembar di depan, dan cakera tunggal di belakang.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar saiz 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama (lampu tinggi dan rendah), lampu signal belok dan lampu brek. Juga dilengkapkan teknologi Lampu Utama Adaptif Pro dengan tambahan lampu siang (DRL) dan lampu aluan Welcome & Good Bye.
  • Unit motor magnetik dengan sistem penyejukan cecair dipasang bawah frem antara pek bateri dan roda belakang membantu menurunkan titik graviti.
  • Trenkuasa mampu menghasilkan kuasa 31kW (41.4hp) dan tork 62Nm.
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 2.6 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 120kmj.
  • Pek bateri litium-ion 60.6Ah (8.9 kWh) menawarkan jarak tunggangan maksimum sejauh 130km.
  • Bateri boleh dicas semula menggunakan soket rumah, kotak dinding (wallbox) atau stesen cas awam.
  • Jika bateri kehabisan kuasa, masa mengecas hingga kadar maksimum mengambil masa empat jam 20 minit menggunakan output standard 2.3kW.
  • Pengecasan pantas pula mengambil masa sejam 40 minit menggunakan output 6.9kW.
  • Ada empat mod tunggangan: ECO, Rain, Road dan Dynamic.
  • Dilengkapi teknologi BMW Motorrad Integral ABS Pro sebagai standard.
  • Dilengkapi panel meter digital TFT berwarna 10.25 inci dengan aplikasi navigasi dan BMW Motorrad Connected.
  • Ada port USB dan soket kuasa 12V, serta ruang simpanan helmet.
  • Sistem penghidup menggunakan kunci pintar dan disediakan bantuan mengundur sebagai standard.

BACA >>> Ni Hsin EV Tech Lancar Dua Skuter Elektrik untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM9k!
BACA >>> Skuter Elektrik Anak Syarikat CFMoto, Zeeho Magnet Debut di EICMA 2022

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW CE 04, BMW Motorrad Malaysia, roda2, skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my