• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis NYPD Pening Kepala, Anggota Sendiri Pasang Peranti Elak Tol, Saman

Polis NYPD Pening Kepala, Anggota Sendiri Pasang Peranti Elak Tol, Saman

February 21, 2017 By Han Othman 1 Comment

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Polis New York (NYPD) di Amerika Syarikat kini pening kepala dengan segelintir anggota yang didapati memasang penutup plastik pantul cahaya pada nombor plat kereta mereka untuk mengelak tol dan kamera lalu lintas. Bagaimanapun, NYPD pantas mendakwa tindakan tegas akan diambil ke atas anggota yang melakukan kesalahan tersebut.

Siasatan Inside Edition menyatakan ada lebih 100 kereta dengan pelekat NYPD dikesan memasang penutup plat itu yang diparkirkan di luar balai polis dan bangunan mahkamah sekitar bandar raya tersebut.

Pelindung plat itu, yang boleh dibeli secara online pada harga serendah AS$6 (RM27), masih membolehkan nombor plat dapat dilihat, tetapi pada sama menghalang daripada dikesan tol dan kamera lampu merah.

BACA >>> Lelaki Kena Cekup, Ubah Suai Nombor Plat Ala Kereta James Bond

Jurucakap NYPD, Peter Donald mengakui pihaknya berdepan isu tentang penutup plat itu dan sedang cuba mengatasinya.

Pihak kami sudah mengarahkan komander presint untuk memastikan pegawai mematuhi peraturan lalu lintas dan garis panduan penutup plat-lesen.

"Dalam minggu ini saja, terdapat beberapa pemeriksaan mengejut dibuat di pinggir Manhattan bagi memastikan kenderaan peribadi anggota mematuhi peraturan trafik."

- Peter Donald, jurucakap NYPD

Tambah Donald lagi, setakat ini kira-kira 12 anggota polis sudah dikompaun kerana menggunakan penutup plat itu.

SUMBER: Fox News

Related

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Polis New York, Jabatan Polis New York (NYPD), NYPD, penutup nombor plat, penutup plat, polis langgar undang-undang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my