SEORANG lelaki selamat walaupun enam hari terbaring di tepi jalan tanpa pertolongan akibat cedera kemalangan jalan raya di Bangkok, Thailand.
Mangsa, Withawat Nanthapetch dilaporkan hilang 29 Disember lalu selepas keluar ke bar bersama rakan sebelum dijumpai terbaring di celahan belukar tepi jalan.
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Skuter Lebih Mudah Terbabas, Kemalangan Jika Turun Bukit?
BACA >>> Ikon Rali Ken Block Maut Kemalangan Kereta Salji
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu berjalan keluar dari premis berkenaan sekitar jam 1.44 pagi (waktu tempatan) sebelum dilaporkan hilang.
Usaha ahli keluarga dan rakan mengesan mangsa selama empat hari menemui kegagalan walaupun berita kehilangannya dihebahkan di media sosial.
Kehilangan misteri Withawat membuatkan keluarga dan rakan percaya dia sudah meninggal dunia, tetapi masih cuba mencarinya untuk membawa pulang ‘mayat’ mangsa ke rumah.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi Withawat apabila bapa saudaranya, Wanna Kamrin menemui motosikal milik mangsa tersadai tepi Jalan Udon-Nong Bua Lamphu dekat Lapangan Terbang Udon Thani.
Menurut polis yang tiba di lokasi kejadian, mangsa disahkan masih hidup walaupun seluruh badan luka kemalangan dan ada kesan gigitan serangga. Dia kemudian dibawa ke hospital.
Ibu Withawat meluahkan rasa gembira selepas bertemu semula anaknya dan menganggap penemuan itu sebagai hadiah terbaik sempena Tahun Baru.
BACA >>> 5 Rakan Kena Jel Sehari, Denda RM5,000 Sebab Tunggang Motosikal Secara Berbahaya
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Hukuman Potong Garisan Kembar Hingga Sebabkan Kemalangan Maut?
SUMBER: TheThaiger
Leave a Reply