PERODUA menjual 282,019 unit kenderaan sepanjang 2022, meningkat 48.2 peratus berbanding tahun sebelumnya (190,291 unit), iaitu pada 2021.
Jumlah pengeluaran meningkat 49.5 peratus kepada 289,054 unit dengan jumlah kenderaan diselenggara Perodua 2.6 juta unit, iaitu kenaikan 30 peratus berbanding 2021.
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pencapaian Perodua disebabkan sokongan industri automotif Malaysia yang memikul tanggungjawab bersama untuk memaksimumkan potensi dan jangkaan pelanggan tahun lalu.
Beliau berkata;
Industri membuat penilaian semula dan daripada poin pengajaran diperoleh ketika pandemik dan kami sedar kami perlu ambil langkah ke depan untuk pulih pada 2021."
Zainal Abidin menjelaskan Perodua dan rakan-rakan bisnes mengharungi cabaran dengan mencatat pertumbuhan walaupun berdepan gangguan sepanjang tahun akibat banjir, kekurangan pekerja di pihak pembekal disebabkan krisis Covid-19, kekurangan cip semikonduktor dan kenaikan harga bahan mentah.
Mengenai pelan masa depan, Perodua dan rakan-rakan bisnes akan memanfaat pencapaian pertumbuhan tahun lalu dan mengembangkan kapasiti. Menurutnya;
Untuk semua ini menjadi nyata, kami harap harga material dan bahan api dapat diurus, pada masa sama, kami juga harap pertukaran asing dan kadar bunga mesra pertumbuhan industri."
Beliau berkata lagi, Perodua akan mengekalkan harga kenderaan jika semua perkara di atas kekal pada kadar yang dapat diterima pengeluar nasional itu, sekurang-kurangnya buat masa ini.
BACA >>> Perodua Axia 2023 (D74A) Bakal Dilancarkan Februari Ini, 5 Varian Ditawarkan
Zainal Abidin juga menyatakan Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu pada produk masa depan, termasuk servis dan akan terus melabur untuk inovasi dalam aspek operasi.
Sebagai tambahan, kami juga menggalakkan rakan-rakan, terutama pembekal dan pengedar kami untuk terus melabur dalam teknologi baharu supaya mereka boleh jadi lebih berdaya saing dan produktif.
“Kami akan umum senarai penuh sasaran pada bulan ini, tetapi saya mahu ambil kesempatan berterima kasih kepada Kerajaan atas sokongan berterusan, rakan niaga atas kesungguhan mereka, staf Perodua atas pengorbanan dan kerja keras, serta pelanggan yang memberi sokongan," katanya.
BACA >>> Jualan Perodua Lepasi Sasaran 2022, Bezza Paling Laris!
BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
proton ipoh says
tahniah perodua