• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Tegur Sebab Halang Jalan, Pemandu Myvi Kejar Penunggang Tapi Lain Pula Jadinya...

Kena Tegur Sebab Halang Jalan, Pemandu Myvi Kejar Penunggang Tapi Lain Pula Jadinya...

January 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERANG ditegur seorang penunggang motosikal kerana meletak kereta tengah jalan, seorang pemandu Perodua Myvi  bertindak mengejar penunggang tersebut.

Berdasarkan video dikongsikan grup Facebook DashCam Owner Malaysia, pemandu Myvi tersebut didapati berhenti tanpa menghiraukan kesesakan sekeliling.

BACA >>> Dua-Dua Langgar Lampu, Tapi Pemandu Myvi yang Kena Balun Sebab Langgar Motor
BACA >>> Polis Buru Pemandu Myvi Lama Ludah Myvi Baru

Malah pemandu Mazda CX-5 dari arah bertentangan turut dilihat menurunkan tingkap untuk meminta pemandu Myvi tidak menghalang laluan, tetapi cuma bergerak sedikit saja ke depan sebelum berhenti semula sambil menghidupkan lampu kecemasan.

Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, juga penghantar makanan, dari belakang dan menegur tindakan pemandu Myvi tersebut sebelum berlalu pergi. Bagaimanapun, teguran menggunakan gerak tangan itu membuatkan pemandu Myvi teringgung hingga bertindak memecut mengejar penunggang motosikal berkenaan.

Insiden kejar-mengejar ini berterusan hingga penunggang berhenti di tepi jalan sebelum disusuli pemandu Myvi. Kedua-duanya dilihat saling bertikam lidah hingga penunggang mula menongkatkan motosikalnya.

Bagaimanapun,  sebaik saja motosikal ditongkatkan, pemandu Myvi itu terus memecut meninggalkan penunggang motosikal.

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan provokasi dilakukan pemandu Myvi itu seperti buku bertemu ruas selepas disahut penunggang motosikal terbabit.

Membaca komen netizen, Myvi tersebut dikatakan mempunyai sembilan saman tertunggak bernilai RM2,000.

Kami di PanduLaju ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berwaspada dan berhemah dengan kelakuan di jalan raya. Aksi anda mungkin saja dirakam pemilik dashcam sekeliling.

BACA >>> Pelakon Pandu Myvi Zig-Zag Sampai Makwe Tercampak Kena Cekup
BACA >>> Video Perodua Myvi Pandu Mengundur di Lebuh Raya Curi Perhatian Netizen

SUMBER: DashCam Owner Malaysia

Related

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Buli Jalan Raya, Penunggang Motosikal, Rider, Shopee Food, video tular, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my