PEMANDU lori pasir yang memandu melawan arus di Johor Bahru petang semalam direman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu depan.
Pemandu lori itu turut dilaporkan memandu di bawah pengaruh alkohol di KM5.5 Lebuhraya Linkedua hingga terbabit kemalangan dengan dua sedan jenis Mercedes-Benz dan Nissan Almera serta seorang daripada mangsa cedera.
BACA >>> Terlepas Susur Keluar, Takut Sesat Punca Pemandu Myvi Lawan Arus
BACA >>> Drebar Maut, Lori Terbabas Lawan Arus Langgar Van Polis di PLUS, 7 Anggota Cedera
Perintah reman terhadap pemandu lelaki berumur 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret di Johor Bahru bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suspek ditahan pada hari kejadian selepas pihak berkuasa menerima laporan sebuah lori dipandu melawan arus hingga melanggar dua kereta yang datang dari arah bertentangan.
Berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku apabila pemandu lori itu, yang sedang dalam perjalanan dari Kulai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepas susur keluar ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Menurut polis, pemandu lori berkenaan kemudian memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur keluar Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum bertembung dua kereta di depan.
BACA >>> Gagal Hadir Timbang, 21 Pemandu Lori Didenda Hampir RM45k, 13 Lagi Kena Waran Tangkap
BACA >>> Video Pembonceng Lompat Motor Nyaris Kena Gilis Lori di Melaka
SUMBER: Bernama
Leave a Reply