Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook X (Twitter) Instagram
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW K 1600 B (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Ansuran Bulanan Serendah RM2.1k!
Roda2

BMW K 1600 B (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Ansuran Bulanan Serendah RM2.1k!

ShawkathBy ShawkathJanuary 4, 2023Updated:January 4, 2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Motorrad Malaysia meluaskan tawaran segmen motosikal touring tempatan menerusi pengenalan BMW K 1600 B (2023) pada harga atas jalan RM173,500, tidak termasuk insurans.

Motosikal bagger itu dianggap sebagai model BMW yang benar-benar mendukung maksud ‘The Spirit of the Open Road’ dengan menjanjikan pengalaman tunggangan jarak jauh sukar dilupakan.

BACA >>> BMW Motorrad Thailand Lancar Siri R nineT (2022), Harga Mula RM93k!

Berikut perincian BMW K 1600 B (2023):

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap 6-silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair, dan suntikan bahan api (FI) berkuasa 160hp @ 6,750rpm dan tork 180Nm @ 5,250rpm.
  • Sistem transmisi helikal 6-kelajuan, klac basah multiplat dan syaf pacu untuk hantaran kuasa ke roda belakang.
  • Ada tiga mod tunggangan: Rain, Road dan Dynamic.
  • Kelajuan maksimum 200kmj, manakala penjimatan petrol 5.9 liter per 100km mengikut Kitaran Ujian Motosikal Dunia (WMTC).
  • Suspensi strut spring tengah BMW Motorrad Duolever dengan jarak travel 115mm di depan dan BMW Motorrad Paralever dengan monoshock dan jarak travel 125mm di belakang.
  • Jarak roda 1,618mm, tinggi pelana 750mm dan berat kerb 344kg. Motosikal ini mampu membawa berat muatan 560kg.
  • Dimensi panjang 2,470mm, tingggi 1,440mm, lebar 1,000mm.
  • Rim 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 190/55 (belakang).
  • Dua pilihan warna: Black Storm Metallic (hitam) dan Manhattan Metallic Matte (kelabu kusam)
  • Sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper kekal 4-piston di depan, dan cakera tunggal 320mm dengan kaliper dwi-piston di belakang. Sistem brek turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pro BMW Motorrad.
  • Panel meter TFT digital berwarna 10.25 inci dengan konektiviti dan integrasi navigasi BMW Motorrad Connected App. Juga ada port pengecas USB-C.
  • Lampu utama LED penuh dengan ikon lampu dan lampu belok adaptif.
  • Teknologi Kawalan Traksi Dinamik (DTC), Kawalan Brek Enjin (MSR), Sistem Penyelaras Suspensi Elektronik Dinamik (Dynamic ESA), Kawalan Daki Bukit Pro (HSC Pro), Panggilan Kecemasan Pintar (eCALL), Kawalan Tekanan Tayar (RDC), Bantuan Undur dan grip pemanas untuk terotel serta pelana.
  • Waranti tiga tahun dengan program bantuan jalanan (juga tiga tahun).

PEMBIAYAAN PEMBELIAN

  • Pembeli ditawarkan pakej pembiayaan menerusi BMW Group Financial Services Malaysia dengan ansuran serendah RM2,108 sebulan.
  • Pembiayaan cuma 80 peratus untuk tempoh empat tahun. Maklumat lanjut boleh layari laman web BMW.

BACA >>> BMW Malaysia Buka Pusat 4S Baharu di Bukit Tinggi
BACA >>> Jualan 2021 BMW Motorrad Terbaik dalam Sejarah

autoterkini BMW Group Financial Services Malaysia BMW K 1600 B (2023) BMW Malaysia BMW Motorrad Malaysia motosikal roda2 The Spirit of the Open Road
Shawkath

Artikel Lain Berkaitan

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

January 16, 2026

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

January 16, 2026

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

January 16, 2026

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

January 16, 2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

Media Sosial
  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Top Minggu Ini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By SyafieJanuary 16, 2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By SyafieJanuary 15, 2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By SyafieJanuary 12, 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan HisamJanuary 12, 2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.