• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Axia (2023) Serba Baharu Lancar Februari Ini, Ada 5 Varian Ditawarkan?

Perodua Axia (2023) Serba Baharu Lancar Februari Ini, Ada 5 Varian Ditawarkan?

January 4, 2023 By Sharil 3 Comments

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAMI baru saja mendapat sumber dipercayai yang enggan dikenali, Perodua Axia (2023) serba baharu dengan kod nama D74A  dijangka  dilancarkan seawal Februari depan!

Model bakal dilancarkan itu bukan lagi versi dipertingkat (facelift) dengan pembaharuan minor, tetapi generasi baharu sepenuhnya.

BACA>>> Kunyit Bercium dalam Axia Buat Netizen Geli-Geleman
BACA >>> Staf KTMB Sudah Halang, Netizen Debat Punca Axia Kena Langgar Kereta Api

Perodua Axia AV (2019)_ 2
Perodua Axia AV (2019)_ 1

Ini bermakna rekabentuk luaran dan dalaman tidak sama Perodua Axia sedia ada!

Menurut sumber kmi, Perodua Axia (2023) serba baharu akan ditawarkan dalam lima pilihan varian, iaitu E (manual), G, X, SE, dan AV.

Penawaran varian manual itu menandakan hanya Perodua Axia dan Perodua Bezza saja masih ditawarkan dalam transmisi berkenaan.

Kehadiran varian asas E itu juga kemungkinan bersar mampu mengekalkan Perodua Axia sebagai kereta baharu paling murah di Malaysia. Kami yakin varian itu lebih mensasarkan pemilik sekolah memandu, dan syarikat.

Perodua Axia ketika ini ditawarkan dalam enam varian: E, G, Gxtra, Style, SE dan AV. Namun varian Gxtra dan Style digugurkan, dan digantikan varian X.

Sebagai makluman, varian X turut diperkenalkan pada semua model semasa Perodua.

Ketiadaan varian Gxtra dipercayai untuk memberi laluan kepada G. Ini kerana varian Gxtra ada menawarkan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TC) dan beberapa aspek luaran, termasuk dalaman yang dikemas kini berbanding G yang lebih asas.

Perodua Axia Style pula dilengkapi gaya luaran berbeza. Bagaimanapun, varian khas, Special Edition (SE) masih lagi dikekalkan bersama varian tertinggi, Advance (AV).

Kami jangka varian seperti Gxtra dan Style akan menyusul sebagai versi dipertingkat (facelift) tahun depan, atau dua tahun lagi.

*Kredit foto bayangan Perodua Axia (2023): Theottle

Nantikan info lanjut mengenai Perodua Axia (2023) serba baharu (D74A) yang akan kami kongsikan semasa ke semasa secara eksklusif di Pandu Laju!

BACA >>> Pemandu Axia Maut Dilanggar Saga Selepas Buat Pusingan-U, Lawan Arus di Plaza Tol
BACA >>> Pemandu Kantoi Riba Pasangan dalam Axia, Netizen Suruh Pasang Tinted

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: D74A, Kereta mampu milik, Leak, Leaked, Perodua, Perodua axia 2023, Spyshot, teaser, Varian Perodua Axia 2023

Comments

  1. Mohamed Isa bin Mahamood says

    January 10, 2023 at 3:33 PM

    good !!!

    Reply
  2. Krishnan says

    January 12, 2023 at 12:54 AM

    Berapa harga nya auto ada tak

    Reply
    • Azhan O says

      February 3, 2023 at 7:48 PM

      Boleh cari dalam artikel lain pasal Axia baru ni. Harga rasmi belum umum. Tiada manual

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev