• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Op Ambang Tahun Baharu: 1,548 Saman Dikeluarkan, 43 Motor Kena Sita

Op Ambang Tahun Baharu: 1,548 Saman Dikeluarkan, 43 Motor Kena Sita

January 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMPENA ambang tahun baharu pada malam 31 Disember lalu hingga 1 Januari 2023, polis mengeluarkan 1,598 saman pelbagai kesalahan, termasuk menyita 43 motosikal di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Bharu (Kelantan).

Dalam operasi dijalankan di ibu kota, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 372 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Khas Malam Ambang Tahun Baharu 2023 di 26 lokasi sekatan jalan raya (SJR) seluruh ibu negara awal pagi itu.

BACA >>> Ops Ambang Tahun Baharu 2023, PDRM Buru Motosikal Bikin
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, 841 kenderaan diperiksa di semua lokasi SJR disebutkan.

Sebahagian besar pemeriksaan di ibu negara dibuat ke atas kenderaan jenis motosikal, sebanyak 619 unit, diikuti kereta (171 unit), van (19 unit) dan jip (32 unit), serta 848 individu diperiksa, manakala 10 motosikal disita kerana mengubah suai struktur kenderaan.

Polis turut menahan 12 individu berumur antara 15 dan 21 tahun di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang melulu dan melakukan aksi berbahaya. Operasi khas itu disertai 30 pegawai kanan dan 200 anggota polis.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh mengesahkan polis mengeluarkan 475 saman dalam operasi sempena Ambang Tahun Baharu yang bermula sejak jam 9 malam hari tersebut.

Operasi bersepadu dijalankan bermula petang Jumaat lagi bersama JPJ dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang seluruh negeri dan 450 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang tempoh itu,” katanya.

Dalam operasi itu juga, 33 unit motosikal disita atas pelbagai kesalahan, terutama pengubahsuaian haram berlebihan. Dalam operasi berlainan pada sebelah malam, sebanyak  475 saman pelbagai kesalahan pula dikeluarkan.

Di Kelantan pula, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya memeriksa 420 kenderaan dalam Op Khas Ambang Tahun Baharu dengan 251 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Sepanjang 2022, sebanyak 187,424 kenderaan diperiksa dan 31,031 unit kenderaan dikenakan tindakan. Dalam tempoh itu juga, 71,025 notis saman dikeluarkan, manakala 245 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan.

BACA >>> JPJ Reviu Motor Rempit Kena Sita, Siap Belanja Bunyi Ekzos Perang
BACA >>> Op Samseng Jalanan: Polis Sita 19 Motosikal, Keluar 92 Saman

SUMBER: Bernama

Related

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2, Roda4 Tagged With: jabatan alam sekitar, JAS, JPJ, Kelantan, Kuala Lumpur, ops ambang tahun baharu 2023, PDRM, polis, Pulau Pinang, Saman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev