• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorenzo Mengaku Guna Media untuk Buat Rossi 'Down'

Lorenzo Mengaku Guna Media untuk Buat Rossi 'Down'

January 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JORGE Lorenzo mengaku memanipulasi liputan media mengenai perseteruan antara beliau dan mantan rakan sepasukan, Valentino Rossi dalam usaha membuatkan juara dunia sembila kali itu rasa rendah diri.

Walaupun dua pelumba itu pernah bekerjasama dalam satu pasukan, tetapi kedua-duanya mahukan gelaran juara dunia MotoGP dengan dipisahkan dinding dalam garaj Yamaha yang sebenarnya dikongsi sesama mereka.

BACA >>> Jorge Lorenzo Bersara!
BACA >>> Pedrosa: Strategi Lumba Rossi Bukan Mahu Laju, Tapi Kacau Mental Lawan

Ini menimbulkan hubungan tegang antara kedua-dua pelumba ini dalam perebutan menguasai trek MotoGP suatu masa dulu. Bagaimanapun, Rossi menamatkan karier MotoGP dengan meraih tujuh gelaran kelas premier, manakala Lorenzo cuma tiga gelaran.

Paling diingati semestinya aksi MotoGP 2015 yang mana Lorenzo mengambil kesempatan daripada pertembungan kontroversi antara Rossi dan Marc Marquez.

Menurut Lorenzo, beliau sentiasa mencari saingan bersama Rossi kerana baginya, memiliki musuh mampu memotivasikan diri. Beliau juga mengakui sengaja mewujudkan persaingan sesama mereka melalui pihak media.

Tambahnya, mereka tidak bersaing terus di litar pada 2015, tetapi persaingan itu dirasai.

Kadang-kadang saya menang, kadang-kadang dia menang. Tetapi persaingan itu tetap dirasai dalam persekitaran pasukan Yamaha hingga tamat”

Kehadiran media yang gemar mencurah minyak ke atas persaingan dua rakan sepasukan ini juga banyak mengeruhkan lagi keadaan. Setiap kali dua pelumba itu mengeluarkan kenyataan, pasti akan dilaga-lagakan media.

Ada berita tulis kami berdua tidak sehaluan dan tidak bertegur sapa satu sama lain,” kata Lorenzo.

Lorenzo turut berkongsi ketika perlumbaan musim terakhir di Valencia, beliau pernah menghampiri seorang wartawan hanya untuk meminta mengajukan soalan yang menyakitkan hati Rossi.

Ketika di lapangan terbang, aku beritahu wartawan terbabit untuk tanya soalan kepada Rossi sama ada dia layak menang gelaran itu atau tidak,”katanya.

Bagi Lorenzo, Rossi tidak layak memenangi gelaran terbabit kerana mahu memberi tekanan kepada pelumba Itali tersebut untuk membuatnya dia rendah diri.

Apapun, persaingan seperti itulah yang membuatkan MotoGP lebih seronok ditonton. Antara Lorenzo dan Rossi, pelumba manakah jadi kegemaran anda?

BACA >>> CEO Ducati: Memang Rossi Jejaskan Imej Kami
BACA >>> Lorenzo: Saingan MotoGP Sudah Tak Sepanas Dulu

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Jorge Lorenzo, Marc Marques, MotoGP, sukan permotoran, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev