• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bangunkan Teknologi Motosikal Antijatuh, Boleh Imbang Sendiri

Yamaha Bangunkan Teknologi Motosikal Antijatuh, Boleh Imbang Sendiri

December 30, 2022 By Sharil Leave a Comment

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA sedang giat membangunkan teknologi imbang sendiri pada motosikal, digelar Sistem Bantuan Stabiliti Motosikal Termaju (Advance Motorcycle Stability Assist System, AMSAS).

Teknologi itu dipasang pada jentera Yamaha YZF-R3 yang nampak sama seperti R3 biasa, tetapi bahagian enjin digantikan trenkuasa elektrik sepenuhnya, dan tiada lagi klac tangan serta ekzos.

BACA >>> Dua Warna Baharu Yamaha YZF-R3 (2022) di Thailand dengan Waranti 5 Tahun, Harga RM26k!
BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2023) Ungu Kini di Amerika, Harga Naik RM890!

Bagaimanakah AMSAS Berfungsi?

AMSAS berfungsi menggunakan daya pacuan yang diletakkan pada tayar depan, kawalan daya stereng/hendal, dan pengimbang bawah motosikal.

Sistem elektronik AMSAS juga dilengkapi Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-paksi yang mampu mencapai kestabilan walaupun ditunggang dalam halaju rendah bawah 5kmj.

Sistem ini turut direka dengan ciri meningkatkan kebolehgunaan model sedia ada tanpa perlu mengubah suai casis motosikal sepenuhnya.

Persoalannya, bilakah sistem ini akan dilancarkan pada motosikal keluaran Yamaha di pasaran?

Yamaha mendakwa, sistem AMSAS masih dalam peringkat kajian dan pembangunan (R&D), dan langsung tidak menyebut sama ada sistem itu akan dipasangkan pada model Yamaha masa kini.

Walau tidak dinyatakan, Yamaha mendakwa sistem tersebut akan terus berkembang pada masa depan dan mampu menyelamatkan penunggang daripada kemalangan yang memerlukan penunggang mengelak pantas tanpa hilang kawalan.

BACA >>> Yamaha Ego Avantiz (2023) Perkenal 3 Warna Baharu, Harga Naik Lebih RM1k?
BACA >>> Yamaha Cygnus Griffus Monster Energy MotoGP Edition (2023) Masuk Jepun, Harga RM12.3k!

Related

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Advance Motorcycle Stability Assist System (AMSAS, Auto Terkini, roda2, Sistem Bantuan Stabiliti Motosikal Termaju (AMSAS), Teknologi Antijatuh, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my