PENGELUAR komponen automotif memohon penangguhan kenaikan mengejut tarif elektrik sebanyak 566 peratus kepada 20 sen dan 27.7 sen/kWh pada awal tahun depan berbanding 3 sen/kWh sekarang.
Presiden Persatuan Pembekal Perodua (P2SA), Helmi Sheikh Mahmood berkata, peningkatan itu bakal memberi kesan kepada seluruh industri automotif tanpa mengira besar atau kecil.
BACA >>> Harga Kereta CKD Naik Sehingga 20 Peratus Tahun Depan?
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama bagi pihak Persatuan Vendor Proton (PVA), Kelab Pembekal Toyota (TSC), Kelab Pembekal Honda Malaysia (HMSC) dan Persatuan Pembuat Alat Komponen Kereta (MACPMA).
Menurutnya, pengeluar komponen automotif tempatan memahami objektif Kerajaan menghapuskan subsidi kepada industri yang menggunakan voltan sederhana dan voltan tinggi bagi mengurangkan impak kos akibat peningkatan harga arang kepada sektor tenaga negara.
Namun, kesan tarif yang bakal diperkenalkan dan impak pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) terlalu berat untuk kami pikul," katanya.
Menurutnya, pindaan akta itu memberi kesan tinggi kepada kos operasi industri selain peningkatan gaji minimum 25 peratus kepada RM1,500 daripada RM1,200 sebelum ini.
Malah, tindakan Kerajaan menurunkan jumlah bekerja kepada 45 jam seminggu daripada 48 jam sebelum ini juga menyebabkan peningkatan kos lebih masa.
Kedua-dua faktor itu, iaitu peningkatan tarif dan pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) tidak dapat diserapkan ahli hingga terpaksa menurunkan peningkatan kos kepada pelanggan.
Ini memberi kesan buruk kepada industri automotif kerana akan meningkatkan harga kenderaan secara mendadak.
Kami juga ingin berbakti demi negara dan kami memohon pihak Kerajaan menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif elektrik serta bekerjasama dengan kami demi memastikan sebarang perubahan polisi, undang-undang, insentif, tarif atau/dan initiatif lain akan memberikan kesan diingini," katanya.
BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Pakar: Harga Kereta Elektrik Bakal Sama dengan Kereta Petrol pada 2023
Leave a Reply