• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Mewah Enjin Kecil, Honda SH160i, SH125i (2023) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM13k!

Skuter Mewah Enjin Kecil, Honda SH160i, SH125i (2023) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM13k!

December 28, 2022 By Aryon Leave a Comment

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER mewah, Honda SH160i dan SH125i (2023) baharu dengan lencana dan warna diperbaharui dilancarkan di Vietnam pada harga bermula 73 juta dong (RM13,650).

Jenama SH ialah siri skuter premium di Vietnam yang mengalami pelbagai penambahbaikan rekabentuk dan kualiti sejak diperkenalkan lebih sedekad lalu.

BACA >>> BSH Lancar Skuter Honda Vario 160 (2022) di Malaysia, Harga Mula RM9.9k!
BACA >>> Skuter Honda Forza 350 (2023) dengan Fungsi Dipertingkat Lancar di Eropah!

Susulan kejayaan itu Honda Vietnam memperkenalkan Honda SH125i baharu, dan menjenamakan semula model SH150i kepada SH160i mengikut kapasiti enjin baharu yang dimiliki. Selain perubahan nama, dan lencana berbeza, rekabentuk kedua-dua model adalah sama.

Berikut spesifikasi dua model tersebut:

HONDA SH160i (2023)
HONDA SH160i (2023)
HONDA SH125i (2023)
HONDA SH125i (2023)
  • Menampilkan rekabentuk mewah dan elegan bergaya Eropah dengan tambahan varian Sport Edition.
  • Ada tiga kategori warna berbeza dengan tujuh warna keseluruhan, iaitu Standard Edition (3 warna), Sport Edition (1 warna), Special Edition (1 warna), dan Premium Edition (2 warna).
  • Setiap model  menampilkan padanan warna sama yang menarik yang memberikan keunikan tersendiri kepada pemilik.
  • Apa membezakan kedua-dua model adalah tambahan lencana badan pada SH160i.
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-3
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-6
  • Perubahan paling ketara Sport Edition dan Special Edition ialah strip merah-hitam pada fairing kepala, dan warna absorber merah.
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-5
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-7
  • Kedua-dua model menggunakan sistem LED penuh, dan panel meter LCD unik dengan paparan pelbagai maklumat.
  • Setiap model ada dua varian: brek kombi (CBS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Tinggi pelana 799mm, kapasiti tangki minyak 7.8 liter dan jarak tinggi bumi 146mm.
  • Honda SH160i dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 156.9cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 16.6hp @ 8,500rpm, dan tork 14.8Nm @ 6,500rpm, manakala kadar penggunaan bahan api 2.24 liter per 100km.
  • Honda SH125i dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 124.8cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 12.8hp @ 8,250rpm dan tork 12Nm @ 6,500rpm, manakala kadar penggunaan bahan api 2.46 liter per 100km.
  • Kedua-dua model mengekalkan ciri sistem kawalan traksi HSTC yang biasanya ada pada motosikal besar.
  • Honda SH160i dilengkapi ciri Bluetooth yang boleh dihubungkan pada aplikasi MyHonda+ menggunakan telefon pintar.
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-10
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-8
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-12
  • Ruang simpanan bawah pelana 28 liter dengan soket USB terbina dalam.
  • Tangki petrol diletakkan di depan untuk memudahkan proses mengisi minyak.
  • Juga ada ciri kunci pintar Honda SMART Key System, manakala bar hendal kiri ada pelbagai suis untuk menukar mod dan paparan skrin.
  • Ciri keselamatan diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran pada roda depan dan belakang.
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-1
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-2
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-3
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-4
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-5
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-6
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-7
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-8
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-9
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-10
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-11
honda-sh-160i-125i-2023-vietnam-12

 

Related

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda SH125i (2023), Honda SH160i (2023), Honda Vietnam, roda2, skuter, Skuter Honda, Skuter Mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev