• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenapa Toyota Corolla Boleh Jadi Sedan Moden Paling Berbaloi Dimiliki?

Kenapa Toyota Corolla Boleh Jadi Sedan Moden Paling Berbaloi Dimiliki?

January 9, 2023 By Han Othman Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda Toyota Corolla adalah antara model paling laris dunia sejak dikeluarkan pengeluar dari Jepun itu pada 1966.

Sejak dipasarkan, model ini terus menerusi kekal sebagai jenama sedan paling dipercayai menerusi aspek reliabiliti, penjimatan dan prestasi. Malah, Toyota Corolla juga tidak ketinggalan dengan aspek kereta moden masa kini yang seiring teknologi semasa dari segi pembangunan casis, dan teknologi keselamatan premium, termasuk ketangkasan dan penjimatan enjin.

Begitu juga pakej pemilikan dan selepas jualan menarik seperti Toyota Extra Mile yang membuatkan sedan ini sentiasa berbaloi dimiliki.

ADA APA DENGAN TOYOTA COROLLA?

Apakah yang membuatkan Toyota Corolla kekal berdaya saing hingga menjadi model Toyota paling dipercayai di Malaysia?

1. REKABENTUK LUARAN SPORTY, SOFISTIKATED

Model terbaharu segmen-C itu dibangunkan berasaskan konsep 'Prestij dan Termaju' (Prestige and Advanced) dengan menawarkan aspek ekonomikal dan reliabiliti pada harga mampu milik.

Mengetengah rekabentuk bergaya dan sofistikated yang dapat dilihat pada lampu siang (DRL) LED, kemasan plat bentuk-J krom ganda, dan rekaan rim aloi 17 inci yang cukup sporty.

2. DALAMAN LUAS, MODEN

Ruang kabin Toyota Corolla bukan saja luas, tetapi juga moden yang mampu memenuhi cita rasa pengguna kontemporari masa kini.

Pemilik dapat memiliki segala ciri terkini pada sedan moden hari ini seperti cermin pandang belakang elektrokromik, kluster instrumen meter Optitron dengan paparan multi-info (MID) berwarna 7 inci, peneduh matahari dalaman (sunshade) pada cermin belakang, dan sensor hujan dengan wiper automatik.

Aspek keselesaan dalam kabin turut dipertingkat menerusi pengecas wayarles, kerusi kulit asli dengan jenis boleh laras 8-tetapan untuk pemandu, penyaman udara dwi-zon automatik, ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang, dan unit infotainmen skrin sentuh 9 inci jenis apung dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, serta monitor paparan panoramik (PVM) 360, perakam video digital (DVR) atau kamera pemukan di depan dan belakang, termasuk enam pembesar suara.

Model ini turut mendapat Sistem Telematik Kenderaan (VTS).

3. PRESTASI TIP-TOP

Jika mahukan prestasi Toyota Corolla juga tidak mengecewakan. Sedan kompak ini dijana enjin 4-silinder sebaris 16-injap 1.8L DOHC dengan injap variabel Dual VVT-i berkuasa 137hp @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT Sequential Shifmatic 7-kelajuan.

Sedan ini dibina menggunakan platform Arkitektur Global Toyota Baharu (TNGA) yang mengoptimum aspek keseimbangan berat dengan casis diperkuat untuk kestabilan dan ketangkasan. Unit suspensi pula menggunakan strut MacPherson dengan stabiliser di depan, dan double wishbone dengan stabiliser di belakang untuk prestasi pemanduan terbaik, terutama di selekoh.

Juga disediakan dua mod pandu, ECO untuk memaksimumkan penjimatan bahan api, dan SPORT yang menawarkan pengendalian responsif, termasuk ciri pedal syif untuk mendapatkan fiil pemanduan manual.

4. TEKNOLOGI KESELAMATAN TERMAJU

Tidak cukup sempurna kereta moden hari ini jika tidak dilengkapkan teknologi keselamatan termaju. Dengan Toyota Corolla, pemilik diberikan pekaj sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada lima sistem canggih iaitu;

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS).
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng (SA).
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) untuk semua kelajuan.
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)

Sedan ini juga dilengkapi ciri tambahan Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan brek pegun automatik (Brake Hold), sensor parkir, pemantau titik buta (BSM) dan signal henti kecemasan (ESS), termasuk mendapat ciri keselamatan standard seperti:

  • 7 beg udara SRS
  • Tali keledar ELR 3-poin, dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dengan kawalan traksi
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS)
5. SERVIS, PAKEJ WARANTI TERBAIK

Memandu Toyota Corolla juga lebih menenangkan dengan tawaran waranti 5 tahun dengan bantuan jalanan 24 jam dan 7 hari seminggu. Pakej servis menarik juga ditawarkan menerusi Toyota Maxcheck, Toyota Care Plus, Toyota Genuine Parts dan Toyota B&P (ketuk badan dan cat)

6. TOYOTA EXTRA MILES

Ini produk ditawarkan kepada pemilik Toyota untuk pemilikan dan pengalaman selepas jualan terbaik dalam enam pakej menarik seperti berikut:

PEMBELIAN
  • Toyora Insurance Package: Memastikan anda mendapat perlindungan dalam apa saja situasi.
  • Toyota Service Savers: Pakej servis dan penyenggaraan menarik yang disesuaikan mengikut bajet dan keperluan anda.
  • Toyota Financial Packages: Jika berminat memiliki kenderaan Toyota, inilah pembiayaan kenderaan terbaik buat anda yang menawarkan pelbagai manfaat menarik seperti pelan kadar tetap, pendahuluan rendah, penjimatan faedah dan banyak lagi.
SERVIS
  • Toyota Maxcheck: Semua pusat servis Toyota menawarkan servis dan penyenggaraan berkualiti kepada pelanggannya.
  • Toyota Care Plus: Toyota menyediakan penjagaan profesional dengan pakej penyenggaraan menyeluruh.
  • Toyota Genuine Parts: Semua alat ganti dihasilkan mengikut standard Toyota sebenar yang dijamin kualiti, ketahanan dan memberi nilai jual beli tinggi.
  • Toyota Body & Paint: Inilah ialah pusat servis Toyota yang menumpukan kepada kerja baik pulih dan restorasi kenderaan anda yang terbabit kemalangan. Semua proses kerja dilakukan juruteknik dan mekanik terlatih dengan menggunakan alat ganti tulen dan standard baik pulih tinggi.
PEMILIKAN
  • Toyota 247 Road Assist: Bantuan jalanan sepanjang hari (24 jam) dan tujuh hari seminggu supaya kekal selamat atas jalan bersama kereta Toyota anda.
  • Toyota Loyal-T: Pakej ini menawarkan ganjaran menerusi mata yang dikumpul menerusi pembelian, servis, dan baik pulih kereta Toyota anda. Lebih banyak anda menggunakan perkhidmatan Toyota, lebih banyak mata ganjaran dikumpul untuk ditebus.
  • Toyota Vehicles Telematics System (VTS): Teknologi pintar ini dibangunkan khas buat menghubungkan pemilik dengan kereta Toyota mereka. Sistem ini membantu anda menjejak lokasi kenderaan, mengetahui trip perjalanan, memohon bantuan kecemasan, dan sokongan baik pulih 24 jam.

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Arkitektur Global Toyota Baharu (TNGA), Roda4, Sedan, Sedan kompak, sedan segmen-C, Toyota Corolla Altis, Toyota Malaysia, Toyota Safety Sense (TSS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my