HONDA pernah mempamerkan model terbaharu Honda CL300 di China bulan lalu. Kini maklumat mengenai motosikal itu akhirnya diketahui dengan dua varian bakal dilancarkan, tetapi harga belum didedahkan.
Varian pertama menampilkan gaya scrambler dengan unit absorber kembar dengan lampu depan bulat dan pelana rata seperti Honda CL500.
BACA >>> India Lancar Dua Varian Honda CB300F (2022), Harga Mula RM12.7k!
BACA >>> Honda Jepun Perkenal Rebel 250, Rebel 250 S dengan Ciri Dipertingkat
Versi kedua Honda CL300 nampak lebih menarik dengan gayaan off-road yang ditambah kowl lampu utama, gad tangan dan panel bujur sebelah sisi untuk nombor plat.
Honda CL300 menggunakan trenkuasa 286cc berkuasa 26hp yang mampu mencapai kelajuan 125kmj, dan enjin ditala untuk memaksimumkan tork julat sederhana.
Honda CL300 mudah dikendali kerana memiliki jarak roda 1,488mm dengan binaan mesra penunggang baharu. Khabarnya , model ini hanya ditawarkan untuk pasaran China. Bagaimanapun Honda juga mendaftar tanda dagang nama CL300 di Thailand, Australia dan New Zealand.
BACA >>> Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk ADV 250, 300?
BACA >>> Sindiket Jual Kereta Klon dari Singapura Sasar Pembeli Muda Teruja Hidup Mewah
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply