• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jenama Baharu Bawah Geely, Radar Auto Perkenal Trak Pikap Elektrik RD6!

Jenama Baharu Bawah Geely, Radar Auto Perkenal Trak Pikap Elektrik RD6!

December 30, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA saja perkembangan menarik daripada Geely. Pada 12 Julai lalu, pengeluar itu memperkenalkan satu jenama automotif baharu dipanggil Radar Auto.

Radar ialah jenama kenderaan gaya hidup dengan trenkuasa elektrik tulen pertama di China. Pengumuman itu dibuat serentak pengenalan model elektrik advencer pertama, trak pikap Radar RD6. Pemilihan nama Radar juga sedap disebut selain mempunyai nada antarabangsa untuk ditawarkan di peringkat global.

BACA >>> Trak Pikap Hidrogen Toyota Hilux H2 Bakal Masuk UK Tahun Depan
BACA >>> Renault, Geely Rancang Tubuh Syarikat Kerjasama Hasilkan Enjin ICE, Hibrid untuk Dunia

Berdasarkan kenyataan rasmi, Radar dicipta untuk generasi pengguna global baharu yang mahukan kenderaan lestari untuk pengembaraan ke alam semula jadi. Berikut latar belakang Radar Auto:

  • Jenama bebas di bawah Geely Holding Group dan bukan diletakkan di bawah mana-mana syarikat sedia ada.
  • Membolehkan akses kepada teknologi kenderaan dan perkongsian komponen untuk kenderaan elektrik (EV).
  • Mempunyai fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri di Hangzhou dan fasiliti pemasangan kelengkapan penuh EV di Zibo, Shandong, China
Radar RD6 2022.07
Radar RD6 2022.02
  • Pengeluaran dan penghantaran trak pikap Radar RD6 bermula suku keempat 2022.
  • Sedang membangunkan portfolio penuh EV gaya hidup membabitkan trak pikap, kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai rupa bumi (ATV) dan lain-lain.
  • Geely Holding melantik Dr Ling Shiquan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Radar Auto yang berpengalaman lama dalam bidang kejuruteraan di Geely Auto Group.
  • Dr Ling juga bertanggungjawab dalam beberapa projek utama Geely Auto Group seperti Lynk & Co dan Geely Auto.
  • Menerima sentuhan studio Peter Horbury (Naib Presiden Eksekutif, Rekabentuk Geely Auto) di Britain.
  • Subjenama gaya hidup, Radar Weekends ditubuhkan bagi menumpukan gaya hidup luar dan akan bekerjasama dengan beberapa jenama bagi menghasilkan ekosistem outdoor yang pelbagai.
  • Bakal bekerjasama dengan jenama perkhemahan, NatureHike bagi membangunkan pelbagai aksesori perkhemahan untuk kenderaan keluaran Radar.
  • Sudah menjalinkan kerjasama dengan National Geographic China untuk program perlindungan alam sekitar bagi mempromosi aktiviti tanpa jejak atau tinggalan ketika mengembara.
Trak Pikap Radar RD6

  • Dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architecture, SEA).
  • Diasaskan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV), Geely Haoyue VX11 yang juga asas kepada Proton X90 dalam pilihan satu atau dua motor elektrik.
Radar RD6 2022.05
Radar RD6 2022.06
  • Memiliki dimensi panjang 5,250mm, lebar 1,900mm, dan tinggi 1,830mm.
  • Ada tiga pilihan pek bateri dan jarak: 63kWj (400km), 86kWj (550km) dan 100kWj (630km).
  • Harga jualan bermula 178,800 yuan (RM113,580) hingga 268,800 yuan (RM170,780).

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!
BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

Radar RD6 2022.01
Radar RD6 2022.02
Radar RD6 2022.03
Radar RD6 2022.04
Radar RD6 2022.05
Radar RD6 2022.06
Radar RD6 2022.07
Radar RD6 2022.08

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dr Ling Shinquan, Geely Holding Group, Kenderaan Elektrik (EV), radar, Radar Auto, Radar RD6, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev