• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hero XPulse 200T 4V (2023) Versi Jalanan Lancar di India, Harga RM6.7k!

Hero XPulse 200T 4V (2023) Versi Jalanan Lancar di India, Harga RM6.7k!

December 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SCRAMBLER dan dual-sport kapasiti kecil semakin popular di negara seperti India kerana menawarkan ciri dan keupayaan meredah pelbagai kondisi rupa bumi.

Malah hampir semua pengeluar ada tafsiran sendiri mengenai idea terbaik menghasilkan model dua roda masing-masing. Misalnya, Hero MotoCorp, juga antara pengeluar motosikal terbesar India, baru saja melancarkan Hero XPulse 200T 4V.

BACA >>> Hero Super Splendor Canvas Black Edition (2022) Lancar di India, Harga RM4.3k!
BACA >>> Kymco Adventure S250 (2022) Lancar di China, Harga Mula RM19.9k!

Hero XPulse 200T 4V dibina menggunakan asas sama seperti Hero Xpulse 200 4V, yang juga antara model yang lebih menumpukan tunggangan lasak atau off-road.

Berikut spesifikasi Hero XPulse 200T 4V:

  • Dijana enjin patuh emisi BS6, 4-injap silinder tunggal 199.6cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 18.8hp dan tork 17.35Nm.
  • Walaupun seperti kurang berkuasa, output itu sebenarnya mencukupi untuk tunggangan atas jalan raya biasa dan lebuh raya di India, termasuk meredah permukaan jalan berlubang dan tidak berturap.
  • Aspek rekabentuk berbeza daripada Hero XPulse 200T 400V yang berteraskan off-road. Model ini lebih menumpukan aspek tungangan atas jalan raya berturap menerusi penggunaan rim aloi berbanding rim jejari dengan tayar jalanan biasa.
  • Fork depan memiliki jarak travel panjang untuk keperluan off-road ringan selain mengekalkan gaya neo-retro.
  • Rupa depan menggunakan set lampu utama LED penuh dengan panel fairing depan kecil. Gaya scrambler dapat dilihat menerusi kehadiran kowl enjin dan pelindung haba enjin, manakala di belakang dipasangkan bar bonceng.
  • Streetbike ini juga panel meter LCD digital dengan konektiviti Bluetooth dan navigasi belok-demi-belok (turn-by-turn).
  • Jaran tinggi bumi 175mm.
  • Ada port USB bawah pelana
  • Tayar radial lebar 130mm.
  • Suspensi jenis fork teleskopik dan monoshock boleh laras prabeban 8-tetapan. Sistem brek menggunakan unit brek cakera tunggal di depan dan belakang yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Hero XPulse 200T 4V dijual pada harga  125,726 rupee  (RM6,720) yang ditawarkan dalam pilihan warna Sports Red (merah), Matt Funk Lime Yellow (kuning) dan Matt Shield Gold (emas).

BACA >>> WMoto XDV 250i (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM18.9k!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek - Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis

SUMBER: RideApart

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Hero Motocorp, Hero Xpulse 200 4V, Hero XPulse 200T 4V, motosikal scramber, naked bike, roda2, streetbike, streetbike 200cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my