• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MRT Putrajaya Fasa Dua Mula Operasi Mac 2023!

MRT Putrajaya Fasa Dua Mula Operasi Mac 2023!

December 23, 2022 By Han Othman Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LALUAN Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Fasa Dua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dijangka mula beroperasi pada Mac tahun depan.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata, laluan sepanjang 38.7km, terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu sudahpun siap dan sedang dalam fasa persediaan operasi.

BACA >>> MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen
BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

Sebanyak 36 stesen berada di Laluan Putrajaya sepanjang 56.2km apabila beroperasi sepenuhnya nanti. Penumpang akan dapat berpindah ke laluan rel sedia ada lain di 10 stesen pertukaran (interchange) berbeza, yang memberikan kemudahan dan pemindahan lancar ke destinasi pilihan," kata kenyataan MRT Corp.

Senarai 10 stesen pertukaran itu terdiri daripada:

  • Kwasa Damansara (dengan laluan Kajang MRT)
  • Sungai Buloh (dengan KTM)
  • Sri Damansara Timur (dengan KTM)
  • Kampung Batu (dengan KTM)
  • Titiwangsa (dengan laluan LRT Sri Petaling dan Ampang,, KL Monorail).
  • Ampang Park (dengan Laluan LRT Kelana Jaya)
  • Tun Razak Exchange (dengan Laluan MRT Kajang)
  • Chan Sow Lin (dengan Laluan LRT Sri Petaling dan Ampang)
  • Sungai Besi (dengan Laluan LRT Sri Petaling)
  • Putrajaya Sentral (dengan laluan ERL dan KLIA Transit

MRT Corp berkata, jajaran laluan Putrajaya akan disediakan 49 set tren dengan setiap set terdiri daripada empat gerabak dengan kapasiti maksimum 1,200 penumpang dan automatik sepenuhnya, tanpa pemandu. Sebanyak 5,870 ruang untuk parkir kereta disediakan buat penumpang MRT, terdapat di 15 stesen sepanjang jajaran.

Sepanjang fasa persediaan operasi, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali Laluan Putrajaya menjalankan operasi percubaan akhir bersama Kontraktor Turnkey, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.

Operasi percubaan akhir penting bagi memastikan semua sistem dan prosedur berfungsi dengan berkesan, terutama integrasi sistem, operasi dan kesediaan pengendali.

Sehingga kini ujian dan pelaksanaan, termasuk ujian Fault-Free Running (FFR) sejauh 4,000km berjaya dijalankan. Ia ujian penting untuk memastikan tren selamat dan memberi perkhidmatan yang baik.

"Tarikh tepat memulakan operasi Fasa Dua akan diumumkan sebaik saja proses kelulusan dimuktamadkan dengan pihak berkuasa berkaitan," kata MRT Corp.

BACA >>> Projek MRT3 Sambung Semula, Operasi Penuh 2030!
BACA >>> Hantu 'Ju On' Muncul di Stesen MRT Pasar Seni Cetus Spekulasi

SUMBER: Bernama

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MRT Putrajaya Fasa Dua, RAPID Rail Sdn Bhd, Transit Aliran Massa (MRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev