• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beberapa Jam Saja, 520 Unit Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Habis Disambar

Beberapa Jam Saja, 520 Unit Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Habis Disambar

December 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI mengesahkan semua 520 unit model replika Ducati Panigale V4 Edisi Khas habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Model dibangunkan berasaskan Ducati Panigale V4 S itu diperkenalkan sempena meraikan kejayaan Ducati dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022, dan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022.

BACA >>> Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Sempena Menang MotoGP, WorldSBK 2022

ducati-panigale-ve-se-motogp-worldsbk-2023-2
ducati-panigale-ve-se-motogp-worldsbk-2023-1

Dua model edisi khas itu dihasilkan dengan mengambil ilham Ducati Desmosedici GP dan Ducati Panigale V4 R dipandu juara dunia 2022, Francesco Bagnaia (MotoGP) dan Alvaro Bautista (WorldSBK).

Setiap edisi dihadkan pengeluaran 260 unit dan ditawarkan pada harga AS$63,000 (RM278,775). Setiap model menampilkan beberapa ciri menarik seperti autograf pelumba atas tangki minyak mengikut versi motosikal, liveri khas, pelana tunggal, klamp aluminium yang tertera laser nama model, dan nombor jentera.

Naib Presiden Jualan dan Perkhidmatan Selepas Jualan Ducati, Francesco Milicia berkata;

2022 ialah tahun menakjubkan buat Ducati di trek dan di pasaran, mengesahkan penyatuan dan pemindahan teknologi berterusan serta kepakaran antara pengeluaran dan perlumbaan.

“Kami merasakan cara terbaik berkongsi kejayaan 2022 dengan peminat Ducati adalah menyediakan model eksklusif, dengan nombor tersendiri dan ditandatangani Pecco (Bagnaia) dan Álvaro (Bautista).

“Buat masa ini, ketika jenama kami kukuh dan diramal berkembang, kami mahu memberikan tanda penghargaan terhadap sejarah dengan mengaitkan kedua-dua replika dengan sejarah penubuhan Ducati pada 1926."

Bautista menggunakan model Ducati Panigale V4 R dengan mencatat kemenangan pertama Ducati dalam WorldSBK bagi tempoh 11 tahun.

Seminggu sebelum itu, Bagnaia muncul juara dunia MotoGP 2022 di Valencia, dan Ducati turut mencatat satu lagi kejayaan, iaitu kategori pengeluar untuk musim MotoGP 2022.

BACA >>> WorldSBK: Bautista 'Rujuk' Semula Ducati Musim Depan
BACA >>> Pecco Cipta 5 Rekod Lain Selepas Muncul Juara Dunia MotoGP 2022

SUMBER: VisorDown

Related

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alvaro Bautista, Ducati Desmosedici GP, Ducati Panigale V4 R, Francesco Bagnaia, Francesco Milicia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev