• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga Masuk Afrika Selatan Tahun Depan Susulan Kejayaan X50, X70

Proton Saga Masuk Afrika Selatan Tahun Depan Susulan Kejayaan X50, X70

December 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mengeksport 1,000 unit Proton X50 dan Proton X70 ke Afrika Selatan sejak memulakan semula operasi di negara itu kira-kira dua bulan lalu.

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata, Proton sudah 'memahat kedudukan' di situ menerusi populariti Proton X50 dan X70.

BACA >>> Afrika Selatan Promosi Proton X50, Netizen Malaysia Masuk Menyibuk Beri Komen
BACA >>> Proton X70 Sambut Ulang Tahun ke-4, Ini 10 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu

Beliau berkata;

Penjualan pantas kenderaan kami di Afrika Selatan adalah bukti daya tarik Proton sebagai jenama dan barisan model kami kepada pembeli di sana.

"Kami ada hubungan kerja kukuh dengan Kumpulan CMH dan mereka sudah mengendalikan banyak aktiviti untuk memberi peluang kepada seramai mungkin warga Afrika Selatan merasai barisan model semasa kami."

Sebenarnya, Proton pernah beroperasi di Afrika Selatan kira-kira sedekad lalu, tetapi gagal. Pada April lalu, Proton melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar di sana.

Penghantaran pertama kenderaan terdiri daripada Proton X50 dan Proton X70 berlaku Mei lalu, manakala pelancaran semula jenama dan produk berlangsung pada 14 September 2022.

"Sejak itu, CMH sudah meluaskan rangkaian pengedaran secara berperingkat untuk meningkatkan akses ke pasaran sambil turut aktif mempromosikan kenderaan Proton di media sosial.

"Pada masa ini, hanya kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton ditawarkan di negara itu, dan Proton Saga akan menyertai barisan terbabit tahun depan," kata Steven.

SUMBER: BeritaHarian

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Kumpulan CMH, Proton Afrika Selatan, Proton X50, Proton X70, Roda4, Steven Xu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my