• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stellantis Beri Jaminan 2 Tahun Alat Ganti Vauxhall, Peugeot, Citroën dan DS Automobiles

Stellantis Beri Jaminan 2 Tahun Alat Ganti Vauxhall, Peugeot, Citroën dan DS Automobiles

December 22, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH jadi kelaziman sesebuah kereta apabila tiba jangka hayat atau kegunaan, komponen terjejas perlu diganti baharu. Di sini pengguna akan belajar mengenai jenis dan kos alat ganti. Kebiasaannya ditawarkan alat ganti tulen atau dikeluarkan pihak ketiga pada harga berbeza.

Selain perbezaan harga, bengkel dan pembekal alat ganti juga memberi jaminan, bergantung kepada jenis dan buatan. Kebiasaannya, jaminan diberi dalam tempoh sebulan hingga setahun, yang mana tempoh waranti menggambarkan tahap ketahanan dan keyakinan diberikan.

Ini pula jaminan menarik ditawarkan Stellantis untuk jenama di bawah kumpulan seperti Vauxhall, Peugeot, Citroën dan DS Automobiles.

Bermula 1 Januari 2023, semua alat ganti tulen, aksesori dan perkakasan yang dikilangkan semula (remanufactured) untuk jenama tersebut diberi tempoh jaminan dua tahun!

Sebelum ini semua alat ganti tersebut diberi jaminan setahun daripada tarikh pembelian. Penambahan tempoh itu akan memberikan lebih ketenangan minda kepada pelanggan selain lebih nilai untuk wang.

Selain itu, alat ganti lain seperti bateri 12V, ekzos, absorber dan sfera hidraulik tidak diberi jaminan sebelum ini, tetapi bermula Januari 2023 semua itu turut mendapat jaminan baharu berkenaan. Stellantis juga akan membiayai kos upah jika kerja jaminan tersebut dibuat di Pusat Baik Pulih Bertauliah atau di rangkaian Eurorepar Car Service.

Memandangkan beberapa jenama Stellantis turut dijual di pasaran tempatan, belum dapat dipastikan sama ada ia turut membabitkan alat ganti di sini. Tanpa mengira lokasi, inisiatif Stellantis layak dipuji dan boleh digunakan pengeluar lain di mana-mana pasaran.

Kebiasaannya, alat ganti tulen berharga lebih tinggi dan jaminan dua tahun dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan.

BACA >>> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif
BACA >>> Peugeot Tawar Waranti, Servis Percuma 5 Tahun Kuat Kuasa Serta-Merta!

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Citroen, DS Automobiles, Peugeot, Stellantis, Vauxhall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev