• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Syarikat Australia Perkenal Lilin Aroma Motosikal, Bau 2-Lejang Habis Stok Sekelip Mata

Syarikat Australia Perkenal Lilin Aroma Motosikal, Bau 2-Lejang Habis Stok Sekelip Mata

December 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA juga mat motor di negara Barat mengimpikan kediaman memiliki bau seperti ketika sedang menunggang motosikal.

Impian itu kini dapat direalisasikan apabila syarikat aksesori motosikal dari Australia, Forcite memperkenalkan koleksi lilin aroma dipanggil Motorcycling Aromas.

Set lilin aroma itu mengandungi beberapa jenis bau yang pasti disukai penunggang seperti Fresh Leathers, Race Fuel, Ocean Road, Mystic Forest Ride dan Two Stroke. Tawaran lilin itu dibuat dengan 50 set edisi terhad sempena Hari Krismas.

BACA >>> Ford Dedah Produk Minyak Wangi Mach-Eau Berbau Petrol
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu

Harga set lilin itu A$40 (RM180) yang ditawarkan bersama mana-mana pembelian helmet pintar Forcite MK1S hingga 31 Disember ini, manakala pembeli kombo Forcite Christmas berharga A$1,149 (RM3,420) akan menerima:

  • Helmet MK1S
  • Baju-T Forcite
  • Koleksi 5 lilin Motorcycling Aromas

Bagaimanapun, dua jenis lilin aroma, Two Stroke dan Race Fuel sudah habis dalam masa singkat.

Forcite mengatakan pihaknya tidak dapat menghasilkan lebih banyak lilin Two Stroke dan Race Fuel sebelum sambutan Hari Krismas nanti.

Sebagai ganti, pembeli pakej tetap menerima lima lilin campuran daripada tiga pilihan, iaitu Fresh Leathers, Ocean Road dan Mystic Forest Ride. Lilin aroma itu kini tidak dijual berasingan melainkan melalui pakej kombo.

BACA >>> 'Pasukan Hidung Audi' - Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Bajet Hilangkan Bau Asap Rokok dalam Kereta

SUMBER: ManofMany | Forcite

Related

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori motosikal, autoterkini, koleksi bau motosikal, lilin wangian motosikal, Motorcycling Aromas, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my