• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Sempena Menang MotoGP, WorldSBK 2022

Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Sempena Menang MotoGP, WorldSBK 2022

December 19, 2022 By Aryon Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI meraikan kejayaan manis dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022, dan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022 dengan memperkenalkan model edisi khas Ducati Panigale V4.

Tahun 2022 mejadi musim istimewa buat Ducati selepas dinobatkan sebagai juara MotoGP dan WorldSBK buat kali pertama dalam sejarah jenama itu.

BACA >>> Pecco Cipta 5 Rekod Lain Selepas Muncul Juara Dunia MotoGP 2022
BACA >>> SUV Bagnaia Terbabas Masuk Longkang di Sepanyol, Rupanya Mabuk Rai Menang MotoGP

francesco-bagnaia-ducati-team-2022
alvaro-bautista-worldsbk-2022

Dua model edisi khas itu dibina berasaskan Ducati Panigale V4 S dengan mengambil ilham jentera Ducati Desmosedici GP dan Ducati Panigale V4 R yang dipandu juara Francesco Bagnaia (foto atas kiri) dan Alvaro Bautista, sekali gus menjadi koleksi unik buat peminat jenama dari Itali itu.

ducati-panigale-ve-se-motogp-worldsbk-2023-2
ducati-panigale-ve-se-motogp-worldsbk-2023-1

Kedua-dua model dengan liveri jentera lumba itu turut mendapat tandatangan asli pada tangki minyak daripada pelumba juara. Sama seperti jentera lumba, model edisi khas tersebut didatangkan dengan pelana tunggal dan klamp atas aluminium yang ditera laser nama model dan nombor jentera.

Lebih spesial, Ducati hanya mengeluarkan 260 unit untuk setiap model sempena tribut tahun syarikat itu diasaskan, iaitu 1926. Antara komponen kelas atasan diberikan ialah:

  • klac kering STM-EVO SBK, ekzos Akrapovic ringan, brek Brembo dengan kaliper Stylema, peg kaki boleh laras aluminium bilet Rizoma, dan kaca lumba plexiglass.
  • Pelindung bahang ekzos, penutup alternator, dan fender karbon.
  • Penutup swingarm sebelah daripada campuran gentian karbon dan titanium.
  • Setiap pembeli akan mendapat sijil ketulenan, selimut motosikal kustom, dan Analiser Data Ducati (DDA).
  • Jika mahu menjadikan model edisi khas ini sebagai jentera lumba, Ducati turut menyediakan aksesori tambahan seperti penutup klac terbuka gentian karbon, kit penutup cermin sisi, dan nombor plat, sertsa penutup tangki minyak aluminium bilet.

BACA >>> Toprak: "Ducati Dapat Motor Baharu Tahun Depan, Yamaha Idok Ler"
BACA >>> Ini Senarai Hadiah Tunai Pecco Dapat Sepanjang Aksi GP 2022

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Alvaro Bautista, Auto Terkini, Ducati, Ducati Panigale V4 S, Francesco Bagnaia, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), MotoGP, MotoGP 2022, roda2, WorldSBK, WorlSBK 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev