• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lamborghini Panggil Balik Aventador, Akui Memang Silap Mekanikal Punca Terbakar

Lamborghini Panggil Balik Aventador, Akui Memang Silap Mekanikal Punca Terbakar

February 16, 2017 By Han Othman 1 Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TENTU anda masih ingat tentang video tiga Lamborghini milik warga Singapura yang terbakar akibat kemalangan di lebuh raya Malaysia. Apakah ada kena mengenai dengan berita terbaru dari AmerikaSyarikat (AS) ini?

Menurut sumber Fox News, Lamborghini memanggil balik 5,900 unit Aventador tahun 2011 hingga 2016 untuk pemeriksaan dan baik pulih sistem kawalan emisi evaporatif yang berisiko menyebabkan kebakaran. Daripada jumlah keseluruhan panggil balik, 1,453 model adalah daripada AS.

Berdasarkan kertas kerja difailkan dengan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), bahan bakar cecair boleh memasuki sistem tersebut di bawah situasi tertentu yang menyebabkan ia termeluwap dan bertembung dengan petrol panas, sekali gus mencetuskan nyalaan api.

JUMLAH KERETA TERBABIT KEMALANGAN TIDAK DIDEDAH

LAMBORGHINI VENENO

Bagaimanapun, jumlah kereta yang terbabit dalam insiden kebakaran akibat masalah tersebut tidak didedahkan Lamborghini.

Pemilik yang berdepan risiko tinggi adalah kalangan mereka yang mengisi petrol berlebihan dan pada masa sama melahukan (rev) enjin ketika kereta tidak bergerak. Lebih memburukkan keadaan adalah kalangan pemilik yang mengubah suai sistem ekzos kereta mereka. Bagi mengatasinya, injap pengudaraan baharu akan dipasang.

Daripada ribuan supercar Aventador yang terbabit, 12 daripadanya ialah Lamborghini Veneno yang dibina pada 2013 dan 2014 sempena meraikan ulang tahun ke-50 Lamborghini, dan dijual lebih AS$4 juta (RM17.8 juta).

Berikut ialah rakaman video kemalangan tiga Lamborghini di Malaysia pada 2013, kira-kira empat tahun lalu.

SUMBER: Fox News

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Lamborghini, Lamborghini Aventador, Lamborghini panggil balik Aventador, Lamborghini Veneno, Panggil Balik, Recall, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev