POLIS mengingatkan pemilik kenderaan supaya tidak memandang ringan aspek dan keperluan brek ketiga kerana mampu mengancam keselamatan jalan raya.
Pesanan itu dikongsi dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia:
Ketiadaan lampu brek ketiga sering diambil mudah pemilik kenderaan. Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di belakang, terutama waktu malam dan keadaan hujan lebat."
Pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?
BACA >>> Penunggang Lari Lepas Langgar Saga Tiada Lampu Brek, Netizen Pening Tuduh Siapa Salah
Leave a Reply