• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jangan Terbangkan Dron di Kawasan Insiden Tanah Runtuh, Dikhuatiri Ganggu Operasi SAR

Jangan Terbangkan Dron di Kawasan Insiden Tanah Runtuh, Dikhuatiri Ganggu Operasi SAR

December 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) meminta kerjasama orang ramai untuk TIDAK menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tanah runtuh membabitkan sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, Selangor.

Nasihat itu diberi demi keselamatan semua pihak termasuk mencegah sebarang perkara tidak diingini semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR). CAAM menyatakan:

"CAAM menasihatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

"Penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu aktiviti pemantauan melalui dron oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) serta operasi SAR dari udara menggunakan helikopter.

CAAM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, Selangor. Didoakan agar usaha menyelamat dan pencarian mangsa dipermudahkan.

BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!
BACA >>> Super Dron Guna Enjin Suzuki GSX-R1000 dengan Kuasa 148hp!

CAAM menyatakan sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

BACA >>> 9 Perkara Menarik Tentang Skuter GPX Drone (2023) di Thailand

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jalan Genting-Batang Kali, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev