• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pagani Huayra Roadster (2017) - Supercar Lebih RM12 Juta Belum Debut, Tetapi Sudah Habis Jual

Pagani Huayra Roadster (2017) - Supercar Lebih RM12 Juta Belum Debut, Tetapi Sudah Habis Jual

February 16, 2017 By Han Othman 1 Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM pun sempat debut, sudah habis dijual! Begitulah nasib yang menimpa model supercar eksotik, Pagani Huayra Roadster (2017) serba baharu yang bakal muncul dengan tanda harga sekitar AS$2.8 juta (RM12.47 juta).

Huayra Roadster dijangka menampilkan diri kepada umum pada bulan depan sempena Pameran Motor Geneva 2017. Menurut Pagani, cuma 100 Huayra Roadster akan dibina dan kini semuanya sudah habis dijual walaupun harga ditawarkan sekali ganda lebih mahal berbanding Huayra Coupe.

Pengeluar supercar Itali itu mendakwa Huayra Roadster dibina menggunakan teknik pembuatan baharu daripada karbo-titanium yang membuatkan model tersebut lebih ringan hampir 80kg berbanding versi coupe dengan berat keseluruhan 1,280kg, manakala struktur badan lebih keras 52 peratus.

DUA MEKANISME BUMBUNG

Pembeli juga akan diberikan dua mekanisme bumbung, iaitu bumbung karbon dengan seksyen kaca tengah yang boleh ditanggalkan, tetapi tidak boleh disimpan dalam kereta. Sebaliknya boleh menggantikan ia dengan bumbung fabrik berserta frem karbon yang disimpan dalam kereta.

Menurut Pagani lagi, ciri sementara itu - bumbung fabrik - boleh digunakan seandainya cuaca tiba-tiba berubah. Jadi, tidak perlulah anda berteduh bawah jambatan kerana bumbung asal disimpan di garaj rumah.

Spesifikasi pula didatangkan dengan enjin V12 turbo-berkembar 6.0L yang mampu menjana kuasa setinggi 754hp dalam sistem pacuan roda belakang (RWD) bersama paduan transmisi manual sekuensial 7-kelajuan. Bagaimanapun maklumat prestasi lengkap masih tidak didedahkan, tetapi jentera itu dijangka mampu memecut sepantas 3 saat dalam jarak 0-100kmj dengan kelajuan maksimum 354kmj.

Apa kata kita layan dulu gambar-gambar serba menggiurkan di bawah ini.

GALERI

SUMBER: Fox News

 

 

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Pagani, Pagani Huayra Roadster (2017), Pamera Motor Geneva 2017, Roda4, Supercar

Comments

  1. joehaz says

    March 9, 2017 at 12:05 PM

    saya baca, saya tengok gambar, dan saya cuma mampu save dalam pc je hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my