KERAJAAN akan meneliti usaha membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik yang bernilai kurang RM100,000 ke pasaran tempatan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kebanyakan EV sekarang berharga lebih RM100,000, jadi untuk majoriti besar rakyat Malaysia, harga tersebut adalah di luar kemampuan.
Antara faktor penting, sekarang Proton akan bawa masuk kenderaan Geely dalam masa terdekat tetapi itu dari luar negara. Jika kita dapat pasang kenderaan itu di Malaysia mungkin akan membantu kita menawarkan EV (dengan kos) lebih rendah," katanya.
BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Stesen Pengecasan EV Bangi Golf Resort dan penyerahan lesen pengagihan awam sistem pengecas EV daripada Suruhanjaya Tenaga di Bangi, hari ini.
Mengenai majlis pelancaran dan penyerahan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga itu, Nik Nazmi berkata, ia proses supaya pemasangan stesen pengecas berada dalam keadaan selamat dan dikawal selia.
Ini kerana industri ini sedang berkembang. Jadi kita hendak pastikan ada peraturan dan piawaian yang dapat dicapai syarikat yang memberi kemudahan pengecas. Kita tahu bahawa jika kita tidak scale up stesen pengecasan ini, ia tidak akan menyokong pengembangan kenderaan elektrik.
"Kita juga berharap dengan adanya standard ini mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk beli EV," katanya.
Menurutnya lagi, pengembangan industri EV di dalam negara juga adalah sebahagian usaha Kerajaan mencapai masa depan rendah karbon. Apabila ditanya mengenai insentif kepada rakyat untuk pemilikan EV, Nik Nazmi berkata, pihaknya akan melihat bagaimana Belanjawan 2023 atau Belanjawan 2024 dapat ditambah baik untuk insentif berkenaan.
Beliau juga menyatakan akan melihat pendekatan Kerajaan dalam memainkan peranan menerusi kerjasama pengeluar automotif untuk membawa lebih banyak EV mampu milik ke pasaran tempatan.
BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!
BACA >>> Stesen Cas EV Masih Tak Cukup, Kurang 1,000 Unit Seluruh Negara
SUMBER: Bernama
Leave a Reply