• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Hilux 2.4G Limited Edition Tampil Rupa Lebih Lasak dan Bergaya

Toyota Hilux 2.4G Limited Edition Tampil Rupa Lebih Lasak dan Bergaya

February 19, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) membuka tirai 2017 dengan pelancaran Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edtion yang dilengkapi pelbagai aksesori rasmi Toyota, sekali gus tampak lebih rugged dan bergaya dengan harga pasaran RM126,000.

Berikut ialah beberapa penambahan aksesori rasmi yang diperkenalkan pada Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edtion:

  • Gril hitam depan.
  • Pelindung bampar.
  • Perumah lampu utama kelabu.
  • Perumah lampu kabus hitam berkilat.
  • Kemasan muncung bonet kelabu gelap.
  • Perumah cermin sisi hitam.
  • Pilar-B dengan pelekat gentian karbon.
  • Perumah lampu belakang kelabu gelap.
  • Strip grafik atas bonet dan pintu but.
  • Pelekat grafik di sisi pintu.
  • Bumbung dengan pelekat hitam penuh.
  • Rel bumbung.
  • Pelindung fender di setiap gerbang roda.

SIAP DIUJI, ADA WARANTI

Hilux LE Grill
Hilux LE Rear Lamp

Semua kelengkapan tambahan Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition itu siap sedia diuji dan melepasi standard kualiti Toyota. Malah, aksesori didatangkan dengan waranti pengilangan jika ada sebarang kecacatan.

Tiada perubahan mekanikal dibuat, enjin masih sama, 4-silinder 2.4L daripada siri Global Diesel (GD) Toyota. Walaupun hanya bersesaran 2.4L, enjin 2GD-FTV nyata 47 peratus lebih berkuasa berbanding enjin 2.5 diesel terdahulu. Output kuasa 148hp pada 3,400rpm dengan tork 400Nm antara 1,60o-2,000rpm. Tork dihasilkan 54 peratus lebih tinggi berbanding enjin lama.

Transmisi juga sama, iaitu automatik 6-kelajuan dengan ciri logik Super ECT, Kawalan Anjakan Turun Nyahpecutan (Decelaration Downshift Control), Kawalan Anjakan AI (AI Shift Control) dan Kawalan Gear Kelajuan Tinggi (High Speed Gear Control).

Sejak pelancaran pada Mei 2016, sebanyak 18,000 unit Hilux generasi baharu sudah terjual seluruh negara. Toyota Hilux memang popular dan laku keras, di mana 200,000 unit terjual sejak dilancarkan pada 2005. Hilux sendiri adalah antara model paling laris dalam barisan kenderaan UMWT sejak sedekad lalu.

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edtion didatangkan bersama waranti 5 tahun atau 150,000km, mana satu sampai dahulu. Turut dilancarkan serentak dengan model edisi terhad ini ialah Hilux 2.4G STD (manual dan automatik) pada harga lebih rendah, RM108,500.

GALERI

Toyota Hilux Limited Edition
Toyota Hilux Limited Edition - Pasaran Malaysia
Hilux LE Roof Top
Hilux LE Rear Lamp
Hilux LE Grill

Related

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Toyota Hilux

Comments

  1. Azmir says

    April 1, 2019 at 12:40 AM

    Pandangan saudara, jika saya menggunakan air suspension untuk hilux revo bagi improve bumping effect.
    Jika betul air suspension benar benar membantu, jenis Brand apa yg sesuai & boleh khabar kan kedai mana yg memasang nya.
    Apa maintenance yg perlu saya buat sekira menggunakan air suspension

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev