• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Rangka Badan Baharu Mini Mark 1 Dihasilkan Semula - Guna Teknologi Moden, Anti-Karat

Rangka Badan Baharu Mini Mark 1 Dihasilkan Semula - Guna Teknologi Moden, Anti-Karat

February 14, 2017 By Han Othman Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM dunia automobil, British Motor Heritage Limited (BMH) sememangnya terkenal sebagai sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dalam pembuatan alat ganti dan rangka badan kereta-kereta klasik British. Pada masa ini, BMH yang berpangkalan di Witney, Oxfordshire dekat England sudah menghasilkan alat ganti dan rangka badan semua barisan produk British Motor Corporation (BMC), termasuk model MGB dan MGB GT, Austin-Healey Sprites dan MG Midgets, serta Mini daripada Mark IV, V hingga Clubman/1275 GT.

Pastinya penghasilan bahagian dan alat ganti bagi model-model tersebut membuatkan kerja-kerja baik pulih dan restorasi menjadi lebih mudah dengan kualiti setanding proses pembuatan moden sedia ada.

Bermula 1976, model-model Mini menampilkan banyak perbezaan seperti engsel pintu luaran, tingkap belakang dan lampu belakang kecil. Tiada apa yang perlu anda bimbangkan kerana BMH sememangnya menggunakan amalan kejuruteraan moden yang sama digunakan kilang pembuatan kereta. Lihat saja kualiti produk seperti dilakukan pasukan Frontline Developments ke atas MGB menerusi video di bawah ini:

Dari segi pembuatan rangka badan, BMH mengekalkan keaslian rekabentuk menerusi teknik acuan tekan dan jig pemasangan original dengan fasiliti dan data teknikal berserta spesifikasi seperti mana model asal. Sekarang, BMH pada April ini bakal menghasilkan 15 unit pertama rangka badan Mini Mark I pada harga £9,950 (RM55,212), paling mahal berbanding rangka badan Mini V, Mini IV dan Mini Clubman/1275GT yang siap sedia dibeli.

Harga ditawarkan dirasakan sangat berbaloi, terutama buat mereka yang mahu melakukan kerja restorasi penuh ke atas Mini. Paling penting, rangka badan baharu itu ialah bebas oksida besi atau dalam bahasa mudahnya, tiada lagi masalah karat yang biasa dihadapi kereta-kereta lama dan klasik.

Jika berminat, buat tempahan sekarang!

mini-mark-1
rangka-badan-mini-1
rangka-badan-mini-2

SUMBER: Road and Track

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Austin-Healey Sprites, British Motor Corporation (BMC), British Motor Heritage Limited (BMH), MG, MG Midgets, MGB GT, Mini, Mini Mark 1, rangka badan Mini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev