• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota C-HR Prologue (2023) Debut di Eropah dalam Varian Hibrid, PHEV! Lancar 2023

Toyota C-HR Prologue (2023) Debut di Eropah dalam Varian Hibrid, PHEV! Lancar 2023

December 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR Prologue (2023) di pasaran Eropah dalam dua varian pilihan, versi hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

Toyota C-HR Prologue (2023) ialah SUV baharu yang dibangunkan berasaskan model konsep SUV elektrik yang pernah ditayangkan pada Disember 2021.

BACA >>> Toyota Innova Zenix (2023) Debut di Malaysia Tahun Depan?
BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k

Model generasi terbaharu Toyota C-HR didatangkan dengan rupa depan gaya jerung tukul (hammerhead shark) dengan lampu utama LED penuh sama seperti model EV dan hibrid Toyota dalam siri bZ.

Toyota C-HR Prologue (2023) menampilkan bampar hitam dengan ventilator udara besar. Rim saiz besar digunakan menyerlahkan lagi imej sporty yang ditambah anjur (overhang) pendek dengan cermin depan dan belakang lebih condong.

Ada dua warna badan diperkenalkan: Metal Silver (perak), Carbon Black (hitam) dengan aksen Emas belakang kenderaan. Tiada foto didedahkan untuk ruang dalaman. Apa yang pasti, kabin Toyota C-HR Prologue (2023) didakwa lebih luas berbanding model terdahulu.

Perincian trenkuasa juga belum diketahui, tetapi dikatakan bakal hadir dengan pilihan hibrid dan PHEV, sekali gus menjadikan Eropah sebagai rantau yang menerima varian PHEV ketiga Toyota selepas RAV4 dan Prius.

SUMBER: Kompas

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Toyora CH-R Prologue (2023), Toyota C-HR Prologue

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my