• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

December 7, 2022 By Han Othman 1 Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, Range Rover SVR yang dipunyai pemilik Factory Mobile, Ahmad Faizal, iaitu usahawan gajet elektronik dan telekomunikasi dari Kelantan.

Range Rover SVR dibeli Ahmad Faizal itu ialah model 2018 yang dibelinya pada 2020 pada harga mencecah hampir RM700,000! Menurut Abang Gan, harga pasaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut buat masa ini juga masih dalam julat harga tersebut.

BACA >>> Firma UK Tukar Range Rover Klasik Kepada Model Elektrik

Tapi, apa yang istimewa tentang Range Rover SVR ini?

Seperti disebut di atas, Range Rover SVR ialah model paling premium dan berprestasi dalam famili Land Rover Range Rover. Model itu dijana enjin 5.0L V8 berkuasa 575hp dan tork lebih 700Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan, dan tujuh mod pandu!

Ahmad Faizal mendakwa kelajuan maksimum pernah 'dibalunnya' dengan Range Rover SVR biru itu ialah 250kmj! Menurutnya lagi, SUV itu ialah kenderaan kedua paling selain Perodua Myvi yang paling kerap dipandunya seharian. Sebenarnya bukan dua kereta itu saja dimiliki Ahmad Faizal, usahawan muda ini turut memiliki model mewah lain seperti Toyota Alphard, Nissan GT-R dan Honda Civic Type-R.

range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-5
range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-6

Ciri standard khas yang ada pada Range Rover SVR ini ialah kit badan gentian karbon, rim aloi 22 inci dan sistem ekzos yang mampu membuatkan ibu mertua marah. SUV ini juga siap didatangkan dengan pemijak sisi yang terbuka automatik apabila kunci diaktifkan dan cermin sekuriti dua lapisan yang direka untuk menambah baik aspek kesenyapan (NVH) dalam kabin.

Ruang kabin menampilkan skema hitam dengan kemasan karbon pada ventilator penyaman udara, papan pemukan dan konsol tengah, manakala kemasan upholsteri termasuk siling bumbung menggunakan material Alcantara.

Menurut Ahmad Faizal, apa yang istimewa tentang Range Rover SVR  ialah aroma kabin yang menurutnya tiada pada kenderaan lain, kerusi semi-buket  yang cukup selesa, dan ciri paparan dongak (HUD) yang memudahkan pemanduan. Lebih spesial, ada peti sejuk mini dalam SUV ini yan diletakkan dalam perehat lengan.

Sebagai makluman, Range Rover SVR ini hanya menggunakan petrol RON97 dan ke atas sahaja sebagai bahan api utama. Bagi Ahmad Faizal, secara peribadi SUV ini ialah kenderaan yang menawarkan kombinasi sempurna buat dirinya yang sukakan kereta berprestasi dan pada masa sama mampu memberikan pengalaman menenangkan.

Sedikit mengenai Factory Mobile, syarikat ini sudah diasaskan Ahmad Faizal sejak 12 tahun lalu ketika masih belajar kolej di Kuantan. Malah pada awal mula berniaga dulu, beliau membelanjakan wang PTPTN untuk membeli stok komputer riba terpakai ketika rakan lain menggunakan pinjaman itu untuk hiburan.

Beliau mula terbabit dalam dunia telefon pintar selepas menamatkan pengajian dan bekerja sebagai jurutera yang ketika itu telefon pintar BlackBerry  menjadi fenomena seluruh negara. Beliau ketika itu menawarkan perkhidmatan ubah suai kustom menukar papan kekunci telefon pintar tersebut.

Premis pertama dibuka Ahmad Faizal adalah di Kelantan yang lebih menawarkan khidmat membaiki telefon pintar sebelum beliau perlahan-lahan mengembangkan perniagaan menjual telefon terpakai hingga kini memiliki 13 cawangan Factory Mobile, termasuk satu premis sedang dalam renovasi untuk dibuka.

Jom tonton video penuh di atas sekali!

BACA >>> 9 Fakta Pantas: Range Rover Evoque (2020) Lancar di Malaysia Awal Jun Ini!
BACA >>> Land Rover Defender 110 (2022) Dilancar, Harga Mula RM798k!

range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-6
range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-5
range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-4
range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-3
range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-2
range-rover-svr-ahmad-faizal-factory-mobile-1

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Factory Mobile, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Land Rover Range Rover, Land Rover Range Rover SVR (2018), Pandu uji, Ranger Rover SVR, Roda4, SUV, videotomotif

Comments

  1. perodua ativa says

    December 9, 2022 at 8:40 PM

    Lawa design dia, apatah lagi bab lain. kereta kayangan. saya mampu tengok aje lah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev