• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #RetroAuto: Suzuki Swift Sport - Hatchback yang Pernah Jadi Fenomena Malaysia

#RetroAuto: Suzuki Swift Sport - Hatchback yang Pernah Jadi Fenomena Malaysia

December 20, 2022 By Arif Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Swift bukan asing dalam kalangan rakyat Malaysia dan pernah menjadi antara model hatchback popular suatu masa dulu.

Tidak dinafikan hatchback segmen-B Suzuki itu sudah terpahat kukuh dalam hati rakyat Malaysia sejak model pertama dilancarkan pada 2005. Sesiapa pun akan terpikat dengan rekabentuk comel dan ada yang mengatakan mirip MINI Cooper.

BACA >>> Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!
BACA >>> Maruti Suzuki Dzire (2018) - 'Swift Sedan' Ini Bakal Jadi Kegilaan India

Suzuki Swift mempunyai tiga generasi. Generasi pertama (foto atas) dilancarkan di Jepun pada 2004 dengan kod ZC21, kemudian disusuli generasi kedua, ZC82 pada 2010, dan dilancarkan di Malaysia pada 2013. Model terkini ZC83 pula tidak memasuki pasaran, sebaliknya hanya Suzuki Swift Sport (ZC33) saja dijual secara rasmi di sini.

Suzuki turut memperkenalkan versi Sport untuk model biasa dengan menambah baik aspek keseronokan memandu. Malah Suzuki Swift Sport pernah mendapat julukan 'the little pocket rocket' daripada beberapa wartawan automotif.

ZC31S

Pada 2007, Suzuki Malaysia melancarkan Suzuki Swift Sport generasi pertama versi import (CBU) dari Jepun. Hot-hatch ini dikuasakan enjin ikonik dengan kod M16A dengan rev tinggi jenis aspirasi natural (NA) 1.6L DOHC dengan injap variabel VVT dan nisbah mampatan 11.1:1, berserta aci angkat tinggi (high lift cams), piston tempa (forged piston) dan spring injap diperkuat.

Enjin ini mampu meledakkan kuasa setinggi 125hp dan tork 148Nm. Bahagian luaran menggunakan bampar dan spoiler lebih sporty, suspensi lebih rigid, paip ekzos kembar, kerusi buket merah Recaro dan brek cakera pada keempat-empat roda dengan rim 16 inci.

Ada dua pilihan transmisi ditawarkan, manual 5-kelajuan (closed ratio) dan automatik 4-kelajuan.

ZC32S

Generasi kedua Suzuki Swift Sport dilancarkan di Malaysia pada Jun 2013. Enjin ZC32s ialah trenkuasa sama (M16A) seperti model ZC31s.

Bagaimanapun, Suzuki melakukan kemas kini untuk memberikan sedikit peningkatan kuasa kepada 134hp dan tork 160Nm. Pilihan transmisi pula menawarkan manual 6-kelajuan atau automatik CVT prestasi tinggi dengan mod manual 7-kelajuan.

Aspek luaran menampilkan rim aloi ringan 17-inci, lampu depan HID baharu, dan jarak tinggi bumi rendah berbanding versi biasa. Model ini juga dipasangkan unit infotainmen skrin sentuh 6.1 inci.

Selepas Suzuki memutuskan keluar dari pasaran Malaysia pada Mei 2016, ramai tidak menyangka pengeluar dari Jepun itu akan kembali semula memeriahkan pasaran automotif negara. Naza Eastern memulakan langkah memperkenalkan Suzuki Swift Sport (ZC33S) baharu pada April 2021.

ZC33S

Suzuki Swift Sport ini dijana enjin 1.4L Turbo BoosterJet berkuasa 140hp dan tork 230Nm dengan berat cuma 970kg yang mampu membuatkan anda tersenyum terutama ketika meredah laluan berliku sepanjang Ulu Yam.

Model dibina atas platform baharu Suzuki, dipanggil Heartect yang lebih rigid. Ditambah transmisi automatik 6-kelajuan, pemandu diberikan  respons anjakan gear pantas seakan transmisi dual-klac (DCT) dan tetapan suspensi sporty.

Bagi membezakan Suzuki Swift Sport berbanding varian biasa adalah ruang kabin dengan kemasan merah berkilat pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.

Sulaman benang merah dapat dilihat pada stereng, kerusi dan tuil gear, manakala bahagian luaran model Sport ini dilengkapi gril sarang lebah (honeycomb) dengan kemasan gentian karbon pada bar tengah, lampu kabus perumah hitam dan lip depan dengan kemasan gentian karbon.

BACA >>> Suzuki Swift Sport Bee Racing Edisi Terhad - Swift Paling Berkuasa Lancar di Itali
BACA >>> Suzuki Thailand Perkenalkan Swift GL Plus Special Edition, Harga Mula RM72.8k!

Related

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback segmen-B, Naza Eastern, Roda4, Suzuki Malaysia, Suzuki Swift, Suzuki Swift Sport, The Little Pocket Rocket

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my