• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMWT Kekal Jenama Bukan Nasional No. 1 Malaysia, Banyak Model Baharu Bakal Lancar

UMWT Kekal Jenama Bukan Nasional No. 1 Malaysia, Banyak Model Baharu Bakal Lancar

December 6, 2022 By Shawkath Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) bakal melabuhkan tirai 2022 dengan pencapaian jualan lebih kukuh dengan 90,595 unit kenderaan jenama Toyota dan Lexus dijual.

Jumlah itu merangkumi jualan unit selama 11 bulan, iaitu kenaikan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Malah UMWT mendakwa pencapaian itu membolehkan wakil pengeluar itu mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif bukan nasional nombor satu di Malaysia, sekali gus nekad mempertahankan kedudukan itu untuk 2023.

BACA>>> Toyota Yaris Hybrid GR Sport (2023), Model Sporty 4-Pintu untuk UK, Harga RM128k

PRESTASI JUALAN

  • Januari - November: 90,595 unit membabitkan Toyota dan Lexus.
  • November 2022: 10,442 unit (Toyota dan Lexus)
  • November 2021: 8,487 unit (Toyota dan Lexus)
  • November 2022 vs November 2021: tambah 23 peratus

PELAN UMWT 2023

  • Bakal memperkenalkan beberapa model baharu ke pasaran Malaysia.
  • Model itu adalah termasuk kenderaan hibrid-elektrik, bateri elektrik dan siri prestasi GR.
  • Antara model dinyatakan, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric.

VISI 'MOVE YOUR WORLD'

Presiden UMWT, Ravindran K mengumumkan hala tuju baharu di Malaysia yang selari visi serantau, iaitu Move Your World. Menurutnya;

Move Your World adalah realisasi kami untuk masa depan mobiliti masyarakat dengan peralihan daripada sebuah syarikat automotif kepada syarikat mobiliti.

“Pemilikan kereta akan jadi lebih mudah, dihantar terus ke rumah anda, bantuan perkhidmatan penyenggaraan holistik, pengurusan kos pemilikan lebih mudah dan banyak lagi.”

“Ketika masyarakat menjadi lebih pelbagai, kebebasan memilih menjadi lebih bernilai. Ini dicerminkan menerusi tawaran terbaharu Toyota yang membabitkan kenderaan kurang emisi karbon hibrid elektrik, kenderaan karbon neutral bateri elektrik dan model prestasi GR.”

NAIK TARAF LAMAN WEB

  • Toyota juga menaik taraf rekaan laman web untuk mengukuhkan fokus terhadap pelanggan menerusi ciri mesra pengguna baharu dengan antaramuka moden.
  • Ini termasuk fungsi carian, laman penjenamaan, tetapan laman utama hingga aspek pemilihan pengedar.

PROMOSI AKHIR TAHUN

  • UMWT juga mengadakan promosi ansuran bulanan serendah RM498 untuk model Toyota Yaris dan RM598 untuk Toyota Vios.
  • Malah, ada varian terpilih daripada dua model itu didatangkan dengan tambahan promosi RM4,000.

BACA >>> Toyota Henti Pengeluaran, Jualan Vios di Indonesia?
BACA >>> Beza 4 Varian Toyota Vios (2022) Serba Baharu Versi Thailand

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Move Your World, Ravindran K, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric, UMW Toyota, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my