• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Motor Langgar Bas Awam, Hilang Fokus Sebab Ralit Main Telefon?

Mat Motor Langgar Bas Awam, Hilang Fokus Sebab Ralit Main Telefon?

December 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR satu rakaman video seorang penunggang motosikal bergesel bas awam yang sudah menyalakan lampu isyarat belok untuk menukar laluan di Lebuhraya Skudai dekat Taman Tampoi Indah, Johor.

Dalam rakaman dikongsi laman Facebook Dashcam Owner Malaysia penunggang motosikal itu dilihat tidak fokus memandang ke depan, sebaliknya menunduk dan memandang sesuatu, dipercayai telefon pintarnya. Video klip di bawah ini dirakam pengguna lain di sebelah kiri jalan.

BACA >>> #Bajet2020: Ada 500 Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam!

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/12/Mat-Motor-Main-Telefon.mp4

Pada masa sama, bas tersebut sudah menyalakan lampu signal belok untuk menukar lorong, tetapi tidak disedari penunggang kerana ralit memandang ke bawah.

Impak perlanggaran menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas. Rakaman menunjukkan mangsa terbaring dan pemandu bas sempat membelok semula ke kanan dan berhenti.

Netizen membidas sikap penunggang yang lebih mementingkan penggunaan telefon di jalan raya berbanding keselamatan diri sendiri dan pengguna lain.

Ada juga netizen prihatin bertanya status penunggang tersebut yang masih tidak diketahui, manakala beberapa lain menasihatkan penunggang supaya mengambil pengajaran daripada insiden berkenaan.

BACA >>> Aikkk... Sudahlah Potong Barisan, Pemilik Dashcam Pula yang Kena Maki
BACA >>> Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!
BACA >>> Tengok Kemalangan Langgar Lampu Isyarat, Netizen Kagum Komen Tenang Pemilik Dashcam
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?
BACA >>> Nyaris Langgar Saga, Pemilik Dashcam Kongsi Video Mohon Maaf

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Isu Keselamatan Jalan Raya, Motosikal langgar bas, Taman Tampoi Indah, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my