• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Prototaip Supersport KTM RC 990 dengan Casis Baharu Dikesan Diuji?

#Spyshot: Prototaip Supersport KTM RC 990 dengan Casis Baharu Dikesan Diuji?

December 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

343
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM nampaknya sedang menguji prototaip supersport fairing penuh baharu yang lebih ringan dengan trenkuasa dwi-silinder sebaris.

Ini jelas menunjukkan KTM sedang cuba beralih daripada konfigurasi V-Twin pada model kurang popular KTM 1190 RC 8. Prototaip supersport itu mungkin dipanggil KTM RC 990 dengan perbezaan teknikal daripada KTM 990 Duke membabitkan binaan dan casis.

BACA >>> #Spyshot: KTM RC 990 Serba Baharu Jadikan Panigale V2 Sebagai Penanda Aras?

ktm rc 990 - 8
ktm rc 990 - 5

Model itu menggunakan fairing hitam kusam dengan lampu projektor tunggal, manakala frem berasaskan binaan tiub keluli krom-molibdenum (chrome-molybdenum). Frem utama itu dipercayai direka baharu untuk menempatkan trenkuasa dwi-silinder sebaris 990cc.

Subfrem belakang menampakkan perbezaan berbanding KTM 990 Duke. Model RC menggunakan profil frem aluminium yang diikat pada frem utama bagi menggantikan penggunaan subfrem aluminium besi tuang (diecast).

ktm rc 990 - 1
ktm rc 990 - 9

Foto rakaman menunjukkan penunggang uji dan pembonceng melakukan ujian kestabilan frem aluminium (subfrem belakang). Perbezaan lain KTM Duke dan KTM RC ialah swingarm. Prototaip supersport itu dilihat menggunakan swingarm aluminium gullwing atau banana.

Prototaip KTM RC itu juga menggunakan panel meter TFT baharu lebih besar berbanding unit digunakan KTM 890 Duke. Sistem dan ciri elektronik dijangka mengalami perubahan menerusi penggunaan perisian terkini seperti mod tunggang dengan opsyen mod Drift dan Slide.

ktm rc 990 - 10
ktm rc 990 - 3

Komponen lain digunakan ialah fork WP Apex Pro jenis boleh laras penuh, dan sistem brek dengan kaliper Brembo Stylema untuk roda depan.

Tiada butiran dikongsi mengenai trenkuasa dwi-silinder baharu itu, tetapi enjin digunakan mampu menghasilkan anggaran kuasa antara 135hp dan 140hp.

BACA >>> KTM Sahkan 790 Adventure Kembali Tahun Depan, Pengeluaran di China
BACA >>> CFMoto MT800 (2021) - Model Advencer Enjin KTM, Spesifikasi Penuh Masih Rahsia

ktm rc 990 - 2
ktm rc 990 - 8
ktm rc 990 - 5
ktm rc 990 - 1
ktm rc 990 - 9
ktm rc 990 - 6
ktm rc 990 - 3
ktm rc 990 - 10
ktm rc 990 - 0

SUMBER: MotorradOnline

Related

343
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, KTM 1190 RC 8, KTM 990 Duke, KTM RC 990, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev