• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Serena (2023) Baharu dengan Enjin 1.4L e-POWER Kini di Jepun, Harga Mula RM104k!

Nissan Serena (2023) Baharu dengan Enjin 1.4L e-POWER Kini di Jepun, Harga Mula RM104k!

December 1, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Serena adalah antara model kenderaan pelbagai guna (MPV) digemari pengguna tempatan seawal pengenalan generasi pertama sejak 90-an lagi.

Daripada lima generasi, hanya generasi ketiga tidak dibawa masuk secara rasmi wakil pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

BACA >>> #BikinKereta: Peminat Jepun Ubah Suai Nissan Skyline R32 Jadi Chevrolet Camaro
BACA >>> 5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2022)

Seperkara menarik, generasi kedua, keempat dan kelima dipasang dalam negara, iaitu di  kilang Tan Chong Motor Assemblies di Serendah sebagau satu-satunya pusat pengeluaran Nissan Serena generasi kelima, selain Jepun.

Serena generasi kelima kali pertama diperkenalkan di Jepun pada Julai 2016 dan di pasaran tempatan pada Mei 2018. Ini bermakna sudah bertahun lama Nissan Serena di pasaran.

Tidak bertangguh, Nissan memperkenalkan Nissan Serena (2023) generasi keenam di Jepun pada 28 November lalu. Dari segi rekabentuk asas, Nissan Serena (2023) tampil sama seperti model terdahulu, tetapi dalam gaya luaran dan dalaman baharu bagi menonjolkan perbezaan dua generasi.

Berikut ciri Nissan Serena (2023) pasaran Jepun:

Trenkuasa

  • Enjin baharu 1.4L HR14DDe-EM57 dan teknologi e-POWER generasi kedua.
  • Teknologi pengurusan tenaga untuk menghidupkan dan mematikan enjin mengikut kelajuan, situasi trafik dan sistem navigasi.
  • Teknologi itu mengawal pengecasan dan nyah cas bateri bagi mengekalkan pemanduan elektrik tanpa operasi enjin ketika menghampiri destinasi berdasarkan maklumat sistem navigasi.
  • Enjin 2.0L MR20DD dengan transmisi automatik Xtronic CVT.

Luaran dan Dalaman

  • Rekaan panel badan serba baharu.
  • Pemandangan lebar dan terbuka dari dalam kenderaan.
  • Tambahan ruang kaki pemandu sebanyak 120mm berbanding generasi terdahulu.
  • Kerusi tengah pelbagai guna pada baris kedua untuk tujuh atau lapan penumpang (varian Luxion).
  • Pintu belakang dua jenis yang praktikal untuk mengisi dan mengeluarkan barangan walaupun di ruang parkir kecil.
  • Pintu sisi dengan fungsi bebas tangan dan buka automatik.
  • Penyaman udara dengan kawalan ringkas dan mudah.
  • Penebatan dipertingkat untuk kabin lebih senyap.
  • Semua lampu jenis LED.
  • 14 pilihan warna badan, jenis dwi-tona.

Casis dan Pengendalian

  • Struktur kenderaan yang melencongkan lintasan angin dan mengurangkan kegoyangan pada halaju tinggi.
  • Stereng lebih kuat untuk kestabilan pemanduan.
  • Sistem e-POWER generasi kedua dan suspensi dipertingkat untuk pergerakan kenderaan lebih lancar.

Varian dan Harga

1.4L e-Power 2WD 8-kerusi
  • e-POWER X - 3,198,800 yen (RM104,130)
  • e-POWER XV - 3,499,100 yen (RM113,900)
  • e-POWER Highway Star V - 119,988.73 yen (RM119,990)
1.4L e-Power 2WD 7-kerusi
  • e-POWER Luxion - 4,798,200 yen (RM156,110)
2.0L 2WD 8-kerusi
  • X - 2,768,700 yen (RM90,080)
  • XV - 3,088,800 yen (RM100,500)
  • Highway Star V - 3,269,200 yen (RM106,335)

Dengan pelancaran ini, bilakah giliran pasaran tempatan? Bukan dalam masa terdekat kerana ETCM baru saja memperkenalkan Nissan Serena versi facelift pada Julai tahun ini.

Jualan Nissan Serena petrol di Jepun pula hanya akan bermula pada musim sejuk ini (Disember 2022-Mac 2023), manakala Nissan Serena e-POWER memasuki pasaran menjelang musim bunga tahun depan (Mac-Jun 2023).

BACA >>> #BikinKereta: Pikap Sunny (1987) TPC Guna Motor Elektrik Nissan LEAF!
BACA >>> Enjin 3-Silinder 1.5L VC-Turbo Nissan Terpilih Antara 10 Enjin Terbaik 2022!

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: e-POWER, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Nissan, Nissan Serena, Nissan Serena 2023, Nissan Serena e-POWER, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my