• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bosan Gaya Persembahan Lama, Volkswagen Tayang LEGO di Pameran Auto Chicago 2017

Bosan Gaya Persembahan Lama, Volkswagen Tayang LEGO di Pameran Auto Chicago 2017

February 12, 2017 By Azhan O 2 Comments

FacebookTwitter


MUNGKIN sudah bosan dengan persembahan pameran kereta yang serba klise, Volkswagen (VW) menampilkan sesuatu yang berbeza sempena Pameran Auto Chicago 2017 apabila menjadikan set diorama LEGO sebagai daya tarikan pengunjung ke reruai pengeluar dari Jerman itu.

Set diorama LEGO itu dibina sendiri secara kustom membabitkan lebih 20,000 bongkah yang turut memuatkan dua model skala VW iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Atlas dan bas mini Microbus original. Turut di-LEGO-kan ialah pemandangan bandar raya Detroit dengan beberapa bangunan terkenal seperti Pusat Renaissance dalam set diorama bersaiz sepanjang dua kaki (60.96sm) dan lebar 3.5 kaki (107sm).

MODEL VINTAJ, MODEL SERBA COOL

volkswagen-microbus
volkswagen-atlas

Microbus dengan dua tona warna dan penutup hab metalik tampak begitu cool. Bagaimanapun, warna badan Atlas yang putih monokromatik tidak banyak menonjolkan rekabentuk crossover baharu itu.

Jika anda mahu membina sendiri VW vintaj, LEGO sebenarnya ada menjual set mainan itu, iaitu model Volkswagen T1 Camper (1962) pada harga AS$119.99 (RM532.61) dengan 1,334 bongkah. Ini termasuk model VW lain seperti Beetle (1,167 bongkah) yang didatangkan dengan papan luncur air dan set piknik.

Sementara itu, kit VW Golf GTI (1,278 bongkah) kemungkinan besar akan dibawa masuk ke pasaran LEGO sebenar jika mendapat cukup sokongan (10,000 undian setakat ini). Asal model itu adalah ciptaan kreatif seorang peminat LEGO yang dimuat naik ke laman web LEGO Ideas.

PENGEMBARAAN VOLKSWAGEN

Menyebut tentang set LEGO diorama VW yang dipanggil Pengembaraan Volkswagen atau The Volkswagen Journey, ia sengaja dihasilkan untuk mengajak pengunjung pameran auto itu supaya mengimbau kenangan dan hubungan dengan jenama Volkswagen yang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Amerika sejak bertahun-tahun lama dahulu.

Di pasaran lelong, model Microbus yang siap dibaik pulih mampu mencecah harga hampir AS$100,000 (RM443,880).

volkswagen-lego
volkswagen-lego-diorama
volkswagen-lego-diorama-2
volkswagen-atlas
volkswagen-microbus

SUMBER: Motor1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Chicago Auto Show, LEGO, Microbus, Pameran Auto Chicago, Volkswagen, Volkswagen Atlas, vw, VW Atlas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev