• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #TahukahAnda: Apakah Maksud Piawaian EN/CE untuk Kasut Motosikal?

#TahukahAnda: Apakah Maksud Piawaian EN/CE untuk Kasut Motosikal?

November 30, 2022 By Wahid Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dihuraikan sebelum ini mengenai pad keselamatan dan sarung tangan motosikal, ada juga piawaian EN/CE untuk kasut penunggang.

Sebagai makluman, piawaian EN dan CE sebenarnya sama saja. Piawaian EN/CE penting kerana ia melambangkan sesuatu produk itu mendapat penarafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus  diiktiraf dan digunakan banyak negara dunia. Misalnya piwaian EN22.05 untuk helmet di Malaysia.

BACA >>> Kawasaki Malaysia Kongsi Foto Kasut ZX5K Boost, Nak Jual Produk Gaya Hidup?
BACA >>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar Pun Boleh Kena Saman?

label-kasut-motosikal-1
EN13634 tag

Piawaian kasut motosikal pula ialah EN13634:20XX seperti gambar rajah di bawah:

  • Label 1: Simbol ini ada pada kasut motosikal yang lulus ujian di bawah piawaian tersebut, dan khas untuk kegunaan bermotosikal.
  • Tahun di hujung kotak baris kedua (Label 2) menunjukkan tahun piawaian itu dirombak dan bukan bagi tahun pembuatan.
  • Kotak pertama di baris ketiga menunjukkan tinggi kasut. Tahap 1 (Label 3) bermaksud kasut jenis rendah setakat buku lali (termasuk jenis hi-top). Tahap 2 pula bermaksud jenis tinggi seperti but. Ada juga pengeluar tidak melabelkan nombor ini kerana kasut itu sudah sedia nampak tinggi.
  • Label 4: Ketahanan kasut terhadap geseran. Tahap 2 lebih baik daripada Tahap 1.
  • Label 5: Ketahanan daripada terpotong. Tahap 2 lebih baik daripada Tahap 1.
  • Label 6: Kekuatan. Ujian dilakukan adalah melibatkan beban dijatuhkan pada kasut, dan dikira lulus jika beban itu tidak memenyetkan kaki. Seperti biasa, Tahap 2 lebih kuat dari Tahap 1.

Berikut ujian asas dilakukan pengeluar kasut motosikal. Ada juga beberapa kod lain yang tiada dalam gambar rajah atas, seperti:

  • WP: Kalis air atau tidak kalis air (waterproof). Ujian ini dijalankan dengan salah satu cara, iaitu metod pertama, kasut dipakai dan penguji akan berjalan sejauh 1km atas lopak air cetek. Metod kedua, menggunakan robot yang dipakaikan kasut ujian untuk simulasi 4,600 langkah perjalanan.
  • Mungkin ada yang keliru kerana kasut tetap basah walaupun memakai kasut dengan label waterproof ketika menunggang dalam hujan. Jawapannya, ini kerana air masih dapat memasuki dalaman kasut dari atas, sebaliknya ujian adalah melibatkan potensi air masuk dari bawah dan tepi.

  • IPA/IPS: Perlindungan buku lali atau betis. Jika ujian dapat memberikan perlindungan buku lali, kasut itu akan mendapat status IPA (impact protection - ankle). Jika melindungi betis pula, produk tersebut diberikan label IPS (impact protection - shin).
  • FO: Ketahanan tapak kepada bahan api (fuel) dan minyak (oil). Kasut diuji dengan direndamkan dalam bahan api atau minyak selama 22 jam. Ia kemudian ditimbang dan berat baharu tidak boleh melebihi 12 peratus daripada berat asal.
  • SRA/SRB/SRC: Ketahanan tapak kasut terhadap permukaan licin. Produk itu akan mendapat label SRA jika tidak tergelincir atas permukaan jubin yang dilicinkan air sabun. Tahap SRB pula untuk permukaan keluli yang disapukan pelincir gliserol. Jika lulus ujian SRA dan SRB, kasut itu akan dapat label SRC.

  • WAD: Penyerapan air. Kasut diuji sama ada air dapat menembus atau menyerap masuk, termasuk kuantiti dinyah bebaskan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Label 'CE' dan 'EN1621' untuk Sut Menunggang?

BACA >>> Kawasaki, Adidas Hasilkan Koleksi Kasut Sniker Ninja, Guna Kulit Kanggaru

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment Tagged With: aksesori, Kasut Menunggang, kasut motosikal, Label Kasut Motosikal, Piawaian Kasut Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev