• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Keluar Lebih 2,000 Notis Saman Salah Guna Lampu Strob, Lampu Mata Arah

JPJ Keluar Lebih 2,000 Notis Saman Salah Guna Lampu Strob, Lampu Mata Arah

November 25, 2022 By Farah Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kenderaan persendirian tidak dibenarkan menggunakan atau memasang lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob (strobe light)  tanpa kebenaran agensi penguat kuasa itu.

Larangan itu dibuat kerana pancaran cahaya dan tatacara penggunaan lampu tersebut mengelirukan pengguna jalan raya lain. Malah, tindakan itu adalah kesalahan di bawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Pengunaan) 1959.170/59, dan tindakan boleh diambil di bawah Akta 333.

Dalam kenyataan media JPJ, hanya kenderaan Jabatan/Agensi diwartakan bawah Akta 333 dibenarkan, iaitu yang terlibat secara langsung dalam tugas kecemasan dan penguatkuasaan seperti kenderaan ambulans, kereta Jabatan Bomba, kenderaan Jabatan Kastam, kenderaan Jabatan Polis, kenderaan Jabatan Penjara dan kendraan JPJ sahaja.

JPJ turut mengambil maklum mengenai aduan penggunaan kedua-dua jenis lampu berkenaan dan hasil semakan JPJ mendapati bermula Januari-Oktober 2022, sebanyak 1,223 kenderaan (pelbagai kategori) sudah diambil tindakan dengan 2,319 notis dikeluarkan kerana menggunakan lampu mata arah dan lampu strob tanpa kebenaran.

Beacon light ialah lampu amaran khas yang berkelip berterusan dalam biru, atau merah dan dikategorikan sebagai komponen aksesori atas bumbung kenderaan. Strobe light pula lampu khusus berwarna biru yang dipasang pada papan pemuka.

BACA>>> Voge 125R (2023) Banyak Ciri Menarik, Mampu Cabar KTM 125 Duke, Honda CB125R
BACA>>> #TahukahAnda: Kenapa Ibu Bapa Amerika, UK Abad ke-19 Letak Bayi dalam Sangkar?

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beacon light, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, lampu kereta, Lampu Mata Arah, Lampu Strob, strobe light

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my