MASIH ramai pemandu sanggup memotong kenderaan lain di garisan kembar jalan walaupun tahu perbuatan itu amat berbahaya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuat naik sekeping foto yang mengingatkan pengguna jalan raya mengenai kesalahan lalu lintas tersebut.
Jika tindakan itu menyebabkan kemalangan hingga meragut nyawa orang lain, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu/berbahaya.
BACA >>> Bayi Enam Bulan Maut, Unser Potong Laluan Berkembar Langgar Saga
BACA >>> 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum lima tahun hingga maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama lima tahun.
Leave a Reply